Baaa.. Cakk..

Semalam.

Aku tengah kemas-kemas bilik. Alam pula “kemas-kemas” bakul baju dia. Tiba-tiba dia boleh duduk diam-diam bawah buaian. Tangan dia dah tutup mata, sambil senyum-senyum simpul. Mak dia pun dah naik pelik.

Ha? Nak main apa la tu? Anak aku ni tak boleh dijangka sikit. Hari tu tetiba dapat sifat-sifat pemalu. Bila orang panggil, boleh tutup muka dengan tangan? Bagus betul. Nampak sangat inherit dari maknya. Ceh. Perasan! Haha. :-p

Sekali, budak kentang nak main cak-cak rupanya. Ahaha.

Mula-mula tutup muka dengan kain buai.

Bila aku cakap, Cakkk.. Dia angkat kain buai tu dari muka dia.

Hahaha.

Bajet comel la tu?

Hahaha.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Baaa.. Cakk..”

Comments are closed.