alam, diary mama

Cepatnya Alam Besar..

eii.. geramnya

Ni muka geram tengok henpon mama.

Alam dah boleh jalan dua-tiga langkah. Dari berdiri di meja untuk pergi pada aku. Atau dari meja ke kerusi. Sebagai seorang mama yang emosi, aku rasa “Ohh.. Cepatnya my baby membesar..” Uhu uhu uhu.. T_T

Cuma rambut saja yang tak berapa nak lebat lagi. Ahaha. :-p

Untuk praktis berjalan, Alam selalunya tolak kerusi dan exersaucer atau berjalan di dinding atau berjalan keliling meja. Aku ada beli playskool push and walk. Benda tu jadi bahan hiasan dan untuk Alam terbalik-terbalik kan. Oh.. Anak.. Anak.. -_-“

Aku sedang fikir-fikir, bila Alam dah pandai jalan ni nanti, aku nak masukkan dia ke sekolah lah. Untuk ajar anak aku ni bersosial dengan orang. Sekarang dah pandai pemalu pula jumpa orang. -_-” Drama betul. Entah dari siapa lah tu inherit? *Tetiba tak mengaku. Kah kah*

Perkara ini masih dalam konsiderasi. Aku tak mahu Alam boring kat rumah dan nak masanya diisi dengan aktiviti bermain dengan kawan ke, belajar ke, bersosial la. Macam tu la. Tengok nanti macam mana.

Cerita lain.

Masa dia demam seminggu tu, kami bawa dia jumpa doktor pakar kanak-kanak di Johor Jaya. 1st jumpa ok. Kali ke 2, ok lagi. Cuma menangis-nangis marah bila doktor tu pegang-pegang dia.

Seminggu lepas tu, kami datang semula ke klinik pakar kanak-kanak tu. Sebab nak ambil vaccination untuk budak yang dah setahun tu.

Masuk saja bilik doktor tu, dia dah kenal. Terus menangis tak henti-henti. Malu mak bapaknya. Haha. Terpaksa upah dengan susu. Masa inject tu, kena susukan. Kalau tak, meronta-ronta, kot terpatah jarum nanti, naya je. Baik susukan masa kena cucuk tu. T_T

As expected (and according what doc said), 5 hari selepas inject tu, Alam demam. Nasib baik tak teruk. Alhamdulillah, bila petang, Alam pun ok. Cuma mengada-ngada la sikit. Haha.

Last timbang hari tu dah 9kg. Memang lenguh kalau berdukung. Tapi itulah. Budak ni memang nak berdukung je bila dia dah boring main. Geram betul. Kalau tak nak dukung, dia bantai melalak lonjak-lonjak badan ke belakang. Sabar sajalah~ Kecik-kecik dah drama. Haih -_-“

Mak mertua cakap, raya ni pandai la Alam jalan. Isk. Cepatnya Alam besar. Hukhuk.

Advertisements

2 thoughts on “Cepatnya Alam Besar..”

  1. Nurul : Hahaha. Tu la. skrg pun dah tak terlarat nak berlatih berjalan dengan dia. asyik nak bertatih je. ahaha.

    Like

Comments are closed.