alam, amyz story, family

Cerita Cuti Kami

Jumaat lepas, kami bertiga ni balik KL, sebab Cik Teh Alam nak bertunang. Cik Teh ni adik mama Alam daaa.. Alhamdulillah. Selamat sudah. Majlis perkahwinan dijadualkan pada akhir tahun ini. Insya Allah.

Dalam perjalanan JB ke KL….

Sabtu, 30hb Julai 2011, adalah majlis pertunangan Cik Teh.

Untuk majlis pertunangan ini, aku telah menolong Cik Teh mencari dua perkara, cup cakes dan photographer. (dalam erti kata lain, sponsor sedikit.. Huhu.. T_T)

Cupcake telah ditempah di BabyCakes2U. Self pick di Bandar Baru Bangi, hari Jumaat itu juga.

Comel saja. Tak mahal sangat. So ok la~ Hehe.

Untuk photographer, tidak la cari yang mahal-mahal seperti SaifulNang. *pengsan* Yang biasa-biasa saja. Ngeee..

Google punya google punya google. Terjumpa photog ini. FeverPicture. Harga ok dan dalam bajet. Jadi tak banyak soal, terus email, tanya availability. Nasib baik tidak ditempah dan terus bayar booking fee tanda adanya deal.

Cantik juga gambar yang diambil. Previu gambar Cik Teh di sini. 🙂 Dalam facebook FeverPicture, ada banyak lagi gambar rasanya. Aku pun tak sempat tengok habis. Tapi tengok wajah gembira Cik Teh tu, aku dah rasa happy. 🙂

credit to : feverpicture.blogspot.com

Nama tunang Cik Teh ni Hafiz. Orang Shah Alam. Hensem. Gambar? Alamak, tak ada la pulak. Takpe. Tunggu kahwin nanti ye. Ihik! Semoga ikatan murni berkekalan hingga ke syurga. Amin. 🙂

Hari Ahad, boleh pula pergi ke Sogo. Naik LRT. First time Alam naik LRT. Bukan main bulat mata dia dalam train tu kehairanan. Haha.

Tak dapat beli apa pun di Sogo. Ramai betul umat manusia. Pergi sekejab. Lepas tu makan sate kat Medan Mara, then balik rumah.

Petangnya pula, bersama suami dan Darwina pergi melawat CikDaun yang baru bersalin baby boy di Hospital Serdang. Baby tersebut masih belum ada nama. Topik perbualan tentulah pengalaman bersalin. Diri sendiri ni masih trauma sebenarnya dengan pengalaman bersalinkan Alam. Bila dengar CikDaun bercerita, terasa-rasa sakitnya. Uuuuu..

Tahniah untuk Daun dan Nuar. 🙂

Kain bedung baby cantik ok. Hihi. 🙂

Hari Isnin pula dah puasa~ Sebabkan Johor cuti pada 1 Ramadhan, baliklah kami ke JB hari tu. Bagus betul. Bersahur di KL. Iftar di JB. Hihi.

Hari pertama puasa, alhamdulillah berjalan lancar. Cuma sepanjang perjalanan balik JB tu, Alam asyik nak mengempeng je. Belum tengahari, aku dah rasa lapar. Hahaha.

Sampai JB tengahari. Lepak di rumah dulu. Kemudian dah petang sedikit baru pergi pasar ramadhan Kg Melayu Majidee. Kemain jauh pergi cari makanan. Haha. Tak banyak beli pun. Rojak, murtabak dan air tembikai kuning (yang tak berapa best.. haha).

Alam la ni.. Haih~ Orang bawa pergi pasar ramadhan, dia boleh tertidur kat bahu papa dia. Macam mana nak ronda-ronda dengan anak yang tertidur di bahu? Takut dia terjaga pun iya. Papa dia terseksa pun iya. Haha. Kasihann betul. Sabar aje la.

Balik tu terus buat green apple kasturi. Tapi suami tak campur limau kasturi. Dia campur jus apple hijau tu dengan lemon. Rasanya?

Pergh!

Terlebih masam!

Tapi mengancam… Eceh~ 🙂

Selamat berpuasa semua.. (Ucapan terlewat.. )

Advertisements

2 thoughts on “Cerita Cuti Kami”

Comments are closed.