Siapa Tak Suka Diskaun?

Tajuk di atas adalah di rujuk. Ecehh..

Ohhooii..!

Siapalah tak suka diskaun? Ada orang memang sanggup berebut-rebut membeli-belah sakan waktu adanya Mega Sales, Expo, Warehouse Sale, Jusco Member Card Day.

Dulu, masa sebelum kahwin, adalah pergi Jusco Day ni. Kan selalunya buat time kerja. Kat Midvalley pulak tu. Ha kau.. Konon nak pergi 2 jam. Sekali, lepas lunch hour baru nampak muka kat opis. Q nak bayar pun dah sejam. Taubat makcik nak pergi lagi. Kalau nak pergi pun, baik ambil cuti. Tak adalah orang cop kau mengular.

Pernah juga pergi Warehouse Sale untuk buku-buku. Buku-buku memang murah. Seploh ringgit, lima ringgit. Memang dalam seratus dapat buku sampai 20 jenis. Siapa yang tak mahu? Tapi mak aiii.. Berebut-rebut lah kau.

Time pesta buku, lagi la. Tak dapat tengok buku pun. Tengok orang melaut pun dah rasa nak pengsan! Belum kena approach dengan orang linguaphone. Haha. Hangin je..

WarehouseΒ sale kasut di PWTC pun pernah pergi. Part ni rasa nak pengsan! Haha. Tak sanggup. Siap kena himpit-himpit. Lemas.. Lemas! T_T Nasib baik tak kena raba-raba. Haha.

Rasa-rasanya berbaloi tak?

Berbaloi juga. Sebab dapat barang dengan harga yang sangat-sangat murah dari harga sebenar. Dapat berjimat pun iye juga.

Walaupun rasa tak berbaloi beratur berjam untuk membayar. T_T

Anyway, that’s the price we have to pay untuk membeli barang-barang diskaun kan? πŸ™‚

Itu tentang diskaun di pasar raya, buku, baju, kasut. Orang memang sanggup aje selagi ada diskaun.

Tapi, bila adanya spa, salon, pusat kecantikan, pusat manicure/pedicure, restoran, hotel, pakej percutian, pakej gambar dan lain-lain barang yang kita selalunya fikir dua tiga kali nak purchase – tiba-tiba ada diskaun sehingga 90%. Tak payah beratur lama-lama pun untuk purchase. Hanya klik-klik dan bayar saja.

Rasanya berbaloi tak?

Ohhhhh.. Berbaloi, baloi, baloiii…

Macam deal-deal yang mengancam air liur ni.

Cuma bayar RM18 dari RM804 untuk Tummy, Hip & Thigh Treatment di Dorra Slimming. RM18?? Berbaloi tak agak-agak? Bukan deal ni saja. Banyak lagi deal di MilkADeal. Memang best gila!

Diskaun pakej percutian seperti di Grupon pun berbaloi. Macam pergi Matta Fair juga. Seperti deal ini. Cuma bayar RM199 dari RM429 untuk 2 Hari 1 Malam + Breakfast untuk 2 orang di Sunway Lost World Hotel, Ipoh. Termasuk All-Day-Passes untuk Lost World Hot Spring and Spa dan Lost World Petting Β Zoo bagi 2 orang.

Selain dari Grupon dan MilkADeal, ILoveDiscount pun menawarkan diskaun-diskaun. Tiap-tiap hari surf di sini untuk tengok deal apa yang best. Walaupun tak beli, tengok-tengok ni lebih kepada untuk guilty pleasure aje. Haha.

Sebabnya, kebanyakan deal hanya available di KL dan Selangor. Tapi boleh je kalau nak beli. Nanti balik KL, boleh la claim. Ihiks! πŸ˜‰

Tu sebab aku nak share di sini dengan semua ni..! Rasa rugi la simpan sorang. Haha. Korang pun kena tahu dan nikmati diskaun-diskaun ni.

Macam deal ni 90% diskaun. Cuma bayar RM39 dari RM400 untuk Intensive Rejuvenation Face Therapy (Face Reflexology + Eye Lift Therapy + Relaxing Shoulder Massage + Relaxing Hand Massage + Free Gift (120 Mins) @ Roey De Beaute ) – Fuh, siap ada free gift lagi.

Sesekali buat facial, dapat dengan harga murah, apa salahnya kita cuba rasa rawatan-rawatan yang mahal-mahal ni. Bila lagi kan? πŸ™‚

Siapa tak suka diskaun kan? πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Siapa Tak Suka Diskaun?”

Comments are closed.