Food Picker

Sejak start bulan puasa ni, boleh dikatakan Alam tak sentuh nasi langsung. Ada la sekali dia makan nasi. Sekali tu je. Itupun nasi arab koo.. Bukan calang-calang~ Alam dah pandai memilih makanan. Apa dia nak makan, dia yang tentukan. Dia tak mahu aku suap-suap makanan masuk dalam mulut dia, kecuali makanan yang dia berkenan dan mahu.

Risau juga dia tak makan nasi. Habis nak makan apalah? Rebus pasta dia tak makan. Memilih sungguhlah. Roti tak nak. Bubur lagi lah tak mahu. Kuih yang macam agar-agar, puding, dia tak mahu. Dia suka yang macam keropok dan biskut.

Tapi, kalau kentang, suka aje. Goreng ke, bakar ke, potong wedges ke. Tak kisah langsung. Janji kentang. Haih.

Dan keju. Pagi petang makan keju pun ok.

Aku risau khasiat yang Alam tak dapat bila dia sangat memilih makanan. Itu tak nak. Sayur tak nak makan. Ayam tak nak. Ikan tak nak.

Apa kata pead tentang food picker macam Alam ni. Ambil dari sini.

Aku pernah cuba bagi macaroni dengan cheese, tak nak langsung dia. Siap geleng-geleng kepala. Tiga kali aku try suap dia tak nak. Try suap kali ke empat, dia terus meraung. Haih.. T_T

Alam nak makan. Tapi mesti kena dengan bentuk dan presentation makanan tu menarik perhatian dia, baru dia nak makan. Kalau plain, tak cantik, lembik – dia ambil, terus buang ke lantai. Tak rasa dulu pun makanan tu sedap ke tak. -_-” Kena pelbagaikan bentuk makanan tu. Pinggan cantik ke tak, dia tak kisah sangat. Asalkan makanan tu bentuknya lain dari biasa dia makan dan rasa pun lain.

Minggu lepas, potong roti kecil-kecil, empat segi. Sapu sedikit butter dan jem strawberry. Bakar. Jadi roti rangup. Suka dia makan. Sampai 8 keping.

Kelmarin aku cuba bagi dia lobak. Potong panjang-panjang. Nipis-nipis tapi rangup. Rebus. Cuba beri dia satu. Mula-mula makan, buat muka berkerut-kerut. Lepas tu. Habis satu mangkuk.

Bila Alam makan dengan berselera, senang hati tengok.

Tapi itulah. Nasi dia tak mahu makan pun. Haih….!!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

5 thoughts on “Food Picker”

  1. hehe..mama kena buat nasik kaler2 kot, nasik tomato ke, hujan panas ke, beriani ke, nasik arab ke….hehe..kalo mama tak buat, restoren banyak.. πŸ™‚

    Like

  2. Hahaha.. sini pun kekadang masalah sama. Kita baru beli buku Annabel Karmel, ada banyak resipi untuk bebudak. Tapi kalau kita ok le kot tak kijo, kalau orang kijo letih sket lah. Dia suka cheese, apa kata kasi grilled cheese? Bahan2 senang je, butter, roti & cheese. Pastu boleh cuba kasi dia meatball, spaghetti ke.. Aiyu suka makan mi/spaghetti, bersungguh-sungguh nak tangkap mi tu. Naik juling bijik mata dia. Nasi dulu ok, skang ni tgk mood dia jugak.

    Like

  3. nett & a2l1e : ciss! ciss! ciss!

    effa : hahaha. tu la. hari tu try goreng nasi dgn mentega. konon2 iklan ckp anak2 suka. alam reject. mak dia jugak kena habis kan. huhuhu..

    hari2 balik rumah, dok pening fikir nak masakkan alam ape la hari ni. haha.

    sooyaree : hari tu kita beli la buku mama saya lapar – utk tgk2 tips nak bg makan kat anak. tapi byk tips utk kanak-kanak la. budak setahun dua belum sesuai lagi. T_T huhu.. Kena beli gak buku resepi bebudak. nanti kita cari. kot takde annabel karmel tu, kena la cari buku lain. haha.
    nanti kita try grilled cheese tu. cam sedap je. kalo anak tak makan, kita yg makan. hahaha.

    Like

Comments are closed.