alam, amyz story, family, umum

Sudah 21 Ramadhan

Alhamdulillah~

Hari ni masuk 22 hari kita semua berpuasa. Sekejapan saja. Tinggal lebih kurang 8 hari saja nak sambut Aidilfitri. Tahun ni giliran beraya di KL pula. Balik KL hari Ahad ni. Insya Allah.

Sepanjang 21 hari berpuasa ni, kebanyakan juadah sewaktu iftar adalah masak sendiri. Kalau pergi bazar Ramadhan pun beli kuih atau air yang betul-betul berkenan. Hihi. Kalau hari Ahad, selalu berbuka puasa bersama keluarga abang long suami. Masa tu baru beli juadah di bazar Ramadhan dengan meriahnya. Macam-macamlah dibeli waktu tu~

Tapi sebab anak aku food picker kan. Satu benda pun dia tak mahu makan. Kecuali. Minum air. Oh. Dia sangat suka minum air. Air apa pun yang kami minum, dia akan nak minum juga. Haih~ -_-“

Aku tak ada banyak keinginan nak makan itu ini sepanjang Ramadhan ni. Kalau ada pun tepung pelita dan kuih cara. Masa awal-awal puasa hari tu ada la nak murtabak dan otak-otak. Dah dapat makan. So, kira dah lunaskan keinginan. Eceh.

Tambahan pula, hari-hari biasa tu masa berbuka puasa hanya bertiga, dengan mak dan Alam. Suami kerja sampai malam. Uhuk! T_T.  Jadi, berbuka puasa ala kadar sajalah. Kurma, kuih dan nasi, kadang rojak, kadang mee. Buat air best-best sikit. Dah. Syukur Alhamdulillah.

Waktu berbuka puasa tu, selalunya Alam akan duduk sekali di meja makan. Letak dalam high chair. Bagi pinggan, bagi sudu. Letakla kentang dua tiga potong atau biskut atau keju. Kalau dia nak makan, dia akan makan dengan laju. Kalau dia tak nak, dia main-main dengan sudu, dengan makanan tu. Lepas main, masuk dalam mulut. Makan. Haha. Kelakar tengok.

Kalau tak nak makan. Terus campak makanan ke bawah. Haih~!!!

*entri ini tak ada gambar sebab terlupa bawa usb cable utk sambung ke BB dan external hard disk pun tertinggal juga. -_-” haiihhh..!!~*

Advertisements