alam

Alam Berkemas

Ni la kerja budak umo setahun dua bulan ni. Haih…T_T

Cotton bud ni dia sepahkan. Kemudian dia try susun semula dalam balang tu. Kemudian sepahkan balik. Sampai dia boring. -_-“

Pening kalau dia sepahkan biskut ni. Sebab takut bersemut pula ruang tamu tu. Bukan mahu makan di dapur ke. Atas high chair ke. Huhu.

Argh. Tension tau kalau dia “kemaskan” wet tissue dia. Dia keluarkan satu-satu. Sepah-sepah. Lepas tu ambil satu. Kesat-kesat kat dahi. Kat dagu. Konon-konon nak bersihkan. Tak payah la Alam. Tadi baru je mandi. Belum kotor lagi. -_-“

Pandai betul kemas purse mama.. Kalau hilang kad bank ke, kad kredit ke. Merana mama tau.. Huhuhuhuhu T________________T

Kalau dapat handbag mama ni, semua harta-karun dia keluarkan. Lepas tu masukkan balik. Kemudian keluarkan balik. Nasib baik la dia tak campak-campak external hard disk tu. Semua gambar kau dalam tu, nak oiii..

Itulah kegiatan beliau di waktu lapang bila terjumpa dengan barang-barang seperti di atas. Sabo je la~

Advertisements

2 thoughts on “Alam Berkemas”

  1. nurin : penat nak kemas balik tau. ahahaha. tak tau la nanti dia sorok barang nanti. mcm anak kawan aku, dia sorok toys dia dlm peti ais. hahaha. haru betul!

    Like

Comments are closed.