alam, amyz story, family, raya

Raya Sudah Seminggu

Raya sudah seminggu baru nak cerita pasal raya ke? Uhuks!

Rasa macam dah outdated pulak. Haha. Tapi, rasanya tidaklah meriah macam orang lain beriya-iya beraya. Entah tahun ni tak berapa rasa kemeriahannya. Kat KL raya pertama tu ingat nak raya rumah nenek, tapi nenek tak ada pulak. Sedih tak dapat jumpa nenek waktu raya.

Dan sebab tak pergi mana pun raya pertama tu, petang tu jugak balik Melaka. Jumpa atuk nenek belah ayah. KL – Masjid Tanah tu mana lah jauh sangat. Sejam setengah dah sampai. Itupun ikut LEKAS hway sebab Plus jammed – mengikut twit dari @plustrafik. Rancanglah perjalanan anda. Eceh~

Tapi sebelum balik Melaka tu, ada budak terpengsan.. Hihihi. Tu la bangun awal sangat!

Rumah atuk penuh dengan anak cucu. Aku ni tak boleh nak tidur bergelimpangan kat ruang tamu, sebab Alam di waktu malam ngempeng tak siap-siap. Tak pasal-pasal terjadi adegan censored di rumah atuk nanti. Tragedi syawal pula nanti. Huhu.

So, lepas maghrib kami keluar untuk cari chalet di Pangkalan Balak. Tak jauh dari kampung. Selesa sikit untuk tidur, salin baju dan bercanda-canda di tepian pantai. Ewah!

Pagi raya kedua tu, Alam bangun meronta-ronta nak keluar bilik. Haru betul. Bawa la dia keluar menikmati udara pagi. Seronok la dia dapat keluar bilik. Sejak dapat “kaki” ni, asyik nak keluar aje. Pening mak!

Lepas check out chalet, kami beraya kat rumah adik Ayah di Tg Minyak. Kak Long dan family pun ada. Meriah rumah orang tu dengan keluarga kami je. Hihi. Biasalah. Adik beradik ramai~ Hehe.

Lepas tu terus shoot balik JB. Giliran untuk raya di rumah mak mertua pula.

Sampai JB awal juga. Pukul 5 petang. Sempatlah beraya di rumah kawan encik Azlie. Kalau nak singgah Jusco pun sempat juga. Tapi tak buat la. Kena jotos dengan suami nanti. Haha. Lupa nak beraya di rumah Nett sebab ingatkan dia dah balik KL. Hihi. Sorry daling!

Tu saja cerita raya yang tak berapa meriah. Cuma gembira dapat bersama keluarga yang tersayang, itu pun dah cukup. 🙂

Akhir sekali, adalah gambar raya kami sekeluarga di pagi raya selepas sesi bermaaf-maafan di rumah Cheras. Hehe. Yang tiada dalam gambar adalah keluarga Kak Long dan Abang sebab beraya di kampung mertua masing-masing. Kak Long beraya di Jasin dan Abang pula beraya di Tapah.

Raya di JB tak sempat nak ambil gambar keluarga. Hihihi. :”>

Advertisements

2 thoughts on “Raya Sudah Seminggu”

  1. ayob : aku menyalahkan camera. hahahaha. :-p
    kembang tak kembang, baju 3 thn lepas masih boleh dipakai. kehkehkeh. *riak pulak~ haha*

    Like

Comments are closed.