alam, amyz story, shopping

Food Picker II

Sebab Alam sangat memilih makan, jadi buah-buahan pun banyak kena reject. Dulu suka pisang, sekarang dah tak suka. Apple pun kena reject. Jambu batu pun kena reject. Jambu Air aje dia suka. Apalaahhh serat yang kau dapat, nak?? Hadoii! -_-“

Bila kurang makan buah dan sayur, mengganggu constipation dia. Kesian sangat bila time nak ‘yak-yak’ tu, sampai merah-merah muka meneran. T_T Sedih tengok.

Gigihla mama dia menggoogle apa yang boleh budak kentang tu makan sebagai pengganti buah-buahan yang dia tak mahu makan.

Jumpa healthy fruit snek brand Happy Baby Organic Food di BabyDash. Mama dia pun happy, terus la order snek tersebut. Semalam parcel pun sampai. Rasa tak sabar nak tengok Alam makan snek tersebut.

Yang ni mixed fruits yogurt snek. Good untuk digestion. Selain ni, aku beli juga Happy Munchies Organic Snek dan Little Duck Organics Strawberry and Mango Tiny Fruit. Sebab ini adalah healthy snek dan organic, jadi aku berani nak bagi Alam makan. Kalau ingredient ntah apa-apa, takdenye aku nak beli.

Kena pastikan kandungan gula dan garam dia dulu, oke. 🙂

Reaksi Alam?

Hehe.

Biar gambar sajalah yang cerita.

Syedapppp…!! Siap tolong suapkan aku makan sekali lagi. Baiknya anak mama ni. -_-” Sabo je laa.. Haha.

Lepas ni akan order flavor lain pula. 😉

Advertisements

2 thoughts on “Food Picker II”

Comments are closed.