Kek Marble Optima

Saja post resepi Kek Marble Optima kat blog. Nanti senang nak cari balik. Bukan sebab nak riak pandai buat kek. Tidaklah nak riak. Tak pandai buat kek pun. Kek Marble Optima ni pun sebab senang sangat nak buat. Kalau Cik Daun, Ika atau Kak Nett yang buat, sure diorang pejam mata saja buat kek ni. Haha.

Mula-mula tampal resepi, yang diambil dari buku resepi lama mak encik Azlie. Hihi. πŸ˜€

5oo gm tepung optima
8 biji telur ayam
6/7 sudu makan minyak jagung/majerin cair
4 sudu makan air
perasa strawberry,choc emalco dan coffe oil (pewarna boleh ditukar sesuka hati)

Cara-cara:
1. Masukkan tepung optima,telur & air sejuk dalam bekas. Putar selama 10-15 minit hingga putih kembang dengan high speed.
2. Bila sudah kembang, masukkan minyak jagung. Kemudian pukul semula, tetapi jangan terlalu lama.
3. Bahagi kepada 3 bahagian dan letakkan dengan perasa strawberry, choc emalco, coffe oil dan 1 lagi warna asal.
4. Tuang sesenduk adunan secara berselang-seli – ikut cara kek marble biasa ke dalam bekas yang disapu majerin sekelilingnya terlebih dahulu (nota ini last minit masuk, dan biasala Pn Amyz ni malas nak edit-edit dah. Haha.)
5. Bakar dalam suhu 160Β° – 180Β° sehingga masak.

Kerja-kerja memasukkan tepung, telur dan memutar diserahkan kepada encik Azlie kerana anak yang melekat. Kita bagi-bagi arahan je. Haha.

Tapi kerja-kerja menuang sesenduk demi sesenduk adunan ke dalam bekas adalah dibuat oleh Pn Amyz. Jadi maafkanlah sekiranya nampak comot-comot di situ. Tangan gigil. Bukannya biasa buat kek. Makan kek, memang biasa. Kihkih.

Ini gambar sebelum masuk oven.

Gambar selepas keluar oven terlupa nak ambil. Nasib baik tinggal sepotong belum dimakan oleh encik Azlie. Haha. *Ampun, yang! Mwah!*

Btw, tepung optima tu memang susah nak cari. Tu pun kami beli kat Kota Tinggi, JB. Gambar packaging tepung tu ada di MyResepi ni.

Bila orang kata sedap tu, maksudnya, kira boleh la I ni membakar kek. Tak adalah fail kan. Tambah-tambah dalam perjalanan balik dari KL ke JB semalam, encik Azlie request buat lagi kek marble ni. Feh. Apa I nak cakap lagi kan? Hahaha.

Sesekali membakar kek, dah nak riak. Keji sungguh. Hihihi.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Kek Marble Optima”

  1. rai : tepung optima tu mcm tepung biasa. tapi nama dia optima. haha. entahlah. mmg susah nak jumpa sikit tepung ni. haha. takde pandai la ida.. sikit2 je. sebab nak buat kek ni simple sgt. cuba buat cheese cake ke, ngagau2 gak aku. ahaha.

    Like

Comments are closed.