alam, amyz story, emosi, suck, tulis

Alam Budak Kentang

Hari itu sudah beli deal RM64 dari RM256 Personalized Photobook Voucher dari Groupon. Aku suka betul deal-deal macam ni. Banyak penjimatan. Eceh~

Jadi sekarang ni, bila time free, aku selongkar-selongkar gambar-gambar Alam sejak lahir sampai la sekarang sebab kononnya nak buat Photobook Alam yang sudah setahun.

(Hari tu fikir-fikir, nak buat photobook gambar kahwin ke atau gambar Alam.. Tapi, buat Photobook Alam la dulu. Nanti kalau ada deal macam ni lagi, beli untuk buat photobook gambar kahwin pula~ Atau pun gambar lain. Eceh~)

Then, bila tengok gambar lama-lama Alam ni rasa rindu dengan ketembaman dia dulu. Well, tak adalah lama sangat kan. Tapi bila dah pandai jalan ni, rasa dah besar dah anak mama. Teringat masa dia kecik-kecik dan how chubby he is.

Tengok la budak chubby ni. Manalah papa dia tak geram. Tiap-tiap kali dukung, tiap kali tu jugak pipi Alam kena gomol. Haha.

Sekarang ni, still tembam, still pipi kentang. Tapi tak bulat macam dulu. Sekarang ni nampak tinggi dan tegap gitu. Hihihi.

Gambar atas belah kanan tu, nampak mata dia berair tu – sebab baru lepas bersin. Hihi. Gambar bawah belah kanan ada kolam bentuk katak. Aku beli kolam tu sebab konon-konon nak ajar anak mandi dalam pool. Hari tu try-test, tapi budak ni tak mahu mandi pun dalam pool tu. Menyangkung sambil tepuk-tepuk air. Haihhh.. -_-“

In the other note; (emo note, actually..)

Semalam aku dah share tentang kisah Luluz di FB dan twitter. Kali ini aku nak share di blog untuk ingatan kawan-kawan dan keluarga.

Boleh baca kisah Aisya di blog Lululandz. Kesian sangat pada Aisya. Baru 7 bulan, terkena tumpahan Tom Yam yang panas kerana pekerja yang careless hidang makanan tak guna tray. Akal letak mana? Etika semua mana? Bangang tak?

Aku angin juga owner Restoran Cili Merah Seksyen 9, Shah Alam tak ada rasa tanggungjawab dengan kejadian yang menimpa. Aku rasa kita, as customer, bukan nak duit sangat. Tapi hak kita sebagai customer. Bertanggungjawab la sikit kan? Bukan customer ni nak mintak duit berjuta pun. So, aku harap sangatlah tindakan undang-undang dikenakan ke atas pemilik restoran ini.

Hak kita, as pengguna, customer, sila tegakkan ye, kawan-kawan. Jangan takut owner restoran tu marah korang. Korang ada hak. Banyak lagi restoran yang best kat Msia ni, yang service nya bagus, jaga hati customer, harga tak mahal dan lain-lain lagi demi untuk menjaga hati customernya.

Bukan sebab, customer is always right pun. Customer pun manusia biasa. Tapi customer punya hak untuk pilih dan dapat perkhidmatan terbaik dari service provider tawarkan. Kalau dah tau service provider tu serve hampeh, kita nak stay subscribe ke? Unless we don’t have other choice macam astero dan TM tu. Damn hampeh punya service!

Ah. Kalo nak cerita pada customer service ni. Boleh berjela entri ni. So, itu saja aku nak share. As pengguna, jadilah bijak! Thanks!

Advertisements