amyz story, emosi, family, tulis

Tanpa Tajuk Sesuai

Dah masuk bulan Oktober pun.

Ntah nak mula dari mana.

But, 1stly nak share dan like my good friend’s entry about blogging in new era here. We have discuss about it sebelum dia post that entry. Hihi. Tapi bukan semua blogger memblog untuk duit, cuma cara penceritaan/perkongsian tersebut mestilah tak nampak plastik dan iklan sangat. Kalau pandai bercerita, ia nampak macam perkongsian. Tapi kalau plastik, nampak sangat kau nak menjual produk. Haha.

Few blogger yang bagus at it. Malas la nak mention siapa. Mood tengah tak rajin ni. Haha. Aku ni suka baca blog je. Beli/jual barang tak berapa nak suka. Keh keh keh.

And I’m not good at advertising product. Tu sebab tak boleh join mana-mana MLM. Haha.

Anyway, I love reading blogs – better than read “sampah” at newspaper nowadays. Berita ntah apa-apa ntah. -_-” Tapi semua bergantung pada kita. Kita baca yang baik, kita dapat input yang baik. Jangan asyik baca gossip artis je. Tak tambahkan ilmu ok. Buat dosa lagi ada. Hahaha *Tazkirah diri juga~*

~~~~

*sigh*

Nenek, belah mak. Ibu kepada Mak aku, telah pergi berjumpa PenciptaNya Jumaat 30 September, lepas Asar, di Selayang.

Aku tengah drive balik kerja, adik aku telefon memberitahu khabar itu.

Dalam hati, bagai nak pecah-pecah dengan seribu kesedihan. Dengar mak menangis, hampir terlepas steering dari tangan. Tapi, aku redha, kuatkan hati, kuatkan semangat untuk redha akan pemergian nenek. Biarlah nenek pergi dengan aman mengadap PenciptaNya.

Seperti yang aku jangka. Aku tak dapat tengok wajah arwah untuk kali terakhir. Tapi, aku bersyukur juga kerana aku dapat berjumpa dia dua minggu sebelum dia pergi. Waktu cuti tiga hari dua minggu lepas, aku dapat balik KL dan berpeluang menjenguk dia.

Walaupun waktu itu nenek dah tak boleh cakap. Walaupun waktu itu, nenek dah terbaring dengan stroke sebelah badan. Walaupun waktu tu, nenek pandang aku dengan sayu.

Jika tidak, pasti dan sangat-sangat pasti, aku akan rasa tersangat ralat.

Nenek dah tak ada lagi sekarang..

Redhalah hati..  Redhalah hati..

Advertisements