Buat Kerja di Rumah Konon~

Nice sangat-sangat~

Sepanjang minggu lepas ni, kecoh mem-busykan diri dengan PHP. Benda dah lama tinggal. Jadi, nak catch up semua benda, semua nak kena rujuk pada enche google. Keji sungguh la. Macam mana nak jadi programmer yang berjaya entah~ T_T

Semuanya sebab ditugaskan untuk buat kuiz online bagi bulan ICT opis ni. Tapi kalau programmer yang terel, senang je nak buat kuiz online ni. Aku je yang terhegeh-hegeh. Huhu. T_T

Dah siap semua tu, aku tak dapat nak total-up semua jawapan untuk masuk dalam database. Sungguh tak nampak cara masa tu, tak ada idea. Dah la tak pandai. Memang kelam-kabut.

Masa dah suntuk sebab online quiz tu nak up hari Isnin ni. Dan penuh semangat kejituan, aku bawa lah balik semua fail php tersebut untuk kekononnya buat kerja di rumah. Eceh.

Tapi….

Lupa.

Lupa laptop diri sendiri tu dah dijual. Memang ada laptop encik suami. Tapi nak kena install la xampp, dreamweaver kejadah semua tu. Leceh sungguh la

Dah tau dah takde laptop tu. Tak ada pula terpikir nak pinjam laptop office untuk buat kerja kan? kan?

Dah sampai rumah, baru la teringat semua tu. Haiiihhhh!! T_____T

Tapi buat la kerja juga. Pinjam laptop suami sekejab buat koding dalam notepad. Pehhhh. Berpinar jugalah mata tengok koding sampai pukul 2:30 pagi~

Haih.. Sengal sungguh lah!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Buat Kerja di Rumah Konon~”

Comments are closed.