alam, amyz story

Main-Main

Sabtu lepas, aku bawa Alam ke Tebrau City untuk cuba permainan indoor. Ala. Kat mana lagi. Jusco aje la yang ada indoor playground ni pun~ Sebab aku tak banyak pilihan. Kalau kat KL, di Midvalley ada Megakidz, Sogo ada Starzgarden. Tempat-tempat untuk budak-budak bermain – while parents pergi bershopping.

Tapi aku tak shopping la. Kekonon nak dedahkan Alam dengan keadaan sekeliling. Ye la. Asyik duduk rumah je. Bila nak pandai bersosial? Eceh~

So, dengan bayaran sebanyak RM8 selama sejam, aku pun bawa Alam masuk ke Indoor Playground. Surprisingly, Alam tidak macam budak-budak lain – yang masuk-masuk je terus meluru ke arah permainan yang disediakan. Alam diam berdiri je satu tempat. Haha. Mungkin dia tak biasa dengan permainan ni sebab tak ada pendedahan. Huhu T__T (Thats why la aku kena bawa dia main di luar..!! Grrr..!!)

Kasihan aku tengok sebab dia tak pandai nak main or pilih mana satu dia nak main. Alam kena belajar bermain ni. Huhu. Main pun kena belajar ok. Bukan terus pandai! Uhuhu T__T

So, memula, aku bawa dia kat gelongsor. Tapi dia duduk je atas gelongsor tu. Tak ada dia nak panjat naik-turun semula ke. Diam je perhatikan budak-budak lain yang main secara ganas-ganas. Ai pulak yang takott menengoknya. T__T

Sebab dia macam boring atas gelongsor tu, aku pun turunkan dia kat bawah, biar dia explore sendiri apa yang dia nak main.

Tapi, dia duduk berdiri je satu tempat. Perhati je budak-budak lain. Sedih ai tengok tau. Aku hulur bola, baru la dia nak sepak-sepak dan campak-campak bola tu. Haih. Bola je yang kau pandai main, nak~ T__T

Tak lama tu, ada budak reverse kereta langgar dia. Kuat dia menangis. Huuu. Geramnya aku dengan budak tu. Dah la budak besar. Kereta mainan tu pun dia macam dah tak muat. Geramnya!!

Pujuk Alam. Susukan dia. Bawa dia masuk kat tempat bola banyak-banyak tu. Baru dia nak main bola-bola tu. Hehe.

Lepas main bola, aku masukkan dia dalam kereta mainan Little Tikes and pushed him around. Suka dia dapat pusing-pusing steering kereta tu. Haha. Siap tak mahu keluar lagi. Gambar tak ambik sebab kena tolak kereta. Haha.

Tak lama tu, dah merengek-rengek. Tolak salah, tak tolak salah. Marah-marah. Hah. Ngantuk la tu kan~ Terus bawa balik rumah. Heh. Memang dah mengantuk sangat. Tak sampai 5 minit drive, dah tertidur dalam car seat. Hihi. Sampai rumah, terus masukkan dalam buai. Lepas aku mandi, Alam terjaga sekejap. Beri susu terus tido balik sampai pagi. Peh. Champion la Alam. 1st record ni tidur terus sampai pagi. Kalau tak, nak tidurkan dia, macam nak bergaduh! Hahaha.

Tapi, Ahad tu, pagi-pagiiiiii la dia bangun. Pukul 6:45 dah panjat-panjat badan aku ajak keluar. Haaiihhh -_-“

Terpaksalah bawa anak keluar sebelum dia menjerit-jerit. Tapi dah bawa keluar bilik tu, bukan nak duduk main kat ruang tamu pun. Nak keluar rumah hokey. Aiyoh. Demand sungguh!

Layan kan aje la~ T__T

Seronoknya dapat keluar pagi-pagi kan, nak.. Dengan baju semalam. Dengan belum mandi. Dengan belum sarapan. Uhuhuhu..

Peristiwa tragisnya pagi Ahad tu, aku kena kejar dengan anjing sebab dok kejar Alam yang tak mahu kena pegang masa jalan-jalan kat luar rumah pagi tu.

Suka tak? Tak suka tauu!!

Nasib baik anjing tu tak attack Alam. Kalau anjing tu dapat gigit aku je, aku saman pemilik dia. #$%^&$!! Bela anjing pandai, jaga tak pandai. #$%^&$!!!! Vongok!!

Advertisements

4 thoughts on “Main-Main”

Comments are closed.