amyz story, emosi

Alasan Untuk Gembira

Hari ini, ada dua sebab untuk rasa gembira despite semalam yang hectic dengan meeting. Then, boleh pula mencederakan jari kaki sendiri sebab masa buka pintu bilik mesyuarat tu, terlanggar kat jari kaki. Ya Ampun. Serius jalan tertengkot-tengkot lepas tu. Lepas 10 minit baru denyut reda. Tapi sampai sekarang ada lebam lagi. Uhuk!

Apakah mukadimah ni? Nak tarik simpati? Plis lah!

Tak ada niat macam tu pun~ 🙂

Sebab kita boleh je nak gembira-gembira walaupun ada meeting yang serius tertekan. Walaupun jari kaki sakit. (Alah. Sikit je pon nak kecoh lah, Amyz!) Kihkih.

Tapi bila ada reason untuk gembira, kita akan rasa nak tersenyum sepanjang hari. Macam kalau orang bercinta tu, dapat sms/call dari orang yang tersayang. Atau mendapat senyuman dari crush di tempat kerja. Atau tiba-tiba boss belanja makan tengahari. Hi hi. Apa-apa alasan pun, asalkan dapat membuatkan kita happy.. Kan?

Jadi, apakah alasan untuk aku rasa gembira hari ini?

🙂

Dua buah photobook yang aku design minggu lepas sudah sampai hari ini. Suka! Dua kau.. Tak boleh blah~ Photobook wedding dan Photobook Alam setahun. Photobook wedding buat di PixaJoy, manakala Photobook Alam setahun buat di PhotoBook Malaysia. Oh, saya sangat suka! Yeah, double joy gitu~

Itupun sebab dua-dua photobook tu dapat harga murah. Photobook wedding RM74. Photobook Alam RM64. Offer macam ni memang tak nak lepas punya. Kalau tak, untuk Photobook seperti yang aku tempah tu, size 8″x11″ – harga sekitar RM200++. Bila dapat harga below 100, terus tak lepas peluang. Hehe.

Lagipun dah lama sangat teringin nak buat photobook gambar kahwin dan gambar Alam~ 🙂 Gigih men-designnya sepanjang minggu lepas. By Friday, aku submit dua-dua. Hari ini sampai…! Suka!

Jadi, hari ini, walaupun kahwin dah nak masuk 3 tahun, bila tengok gambar-gambar nikah, sanding dan potong kek tu, terus rasa macam baru saja kahwin. Dan bila tengok gambar-gambar Alam baru lepas lahir sehingga setahun, rasa macam cepat betul masa berlalu. Tau-tau Alam dah pandai jalan dah ni. 🙂

Momen-momen manis seperti ini, sukar dilupakan – bagi aku. Dan aku mahu ianya diabadikan momen-momen termanis itu, dalam sebuah buku. Supaya ia kekal begitu. Cinta itu. Kasih itu. Buah hati itu. 🙂

And forevermore I will remember~

🙂

Advertisements

2 thoughts on “Alasan Untuk Gembira”

  1. alahaiiiii rajinnya nk buat photobook haha aku ni fozi nama je ada DSLR, most gmbr either dlm memory card or dlm HDD hahaha nk transfer pun tak

    last2 guna gmbr yg amik guna iphone haha

    btw, Alam mmg ikut muka kau.. mummy’s boy

    Like

  2. newrin : ahaha. ni pon sbb ada time & offer murah. takut lambat2 nanti lagi malas nak buat. ahaha.

    aku pon camera dah simpan dah. asik guna gambar dari bb je. malas bab transfer2 tu. ahaha.

    Like

Comments are closed.