alam, amyz story, shopping

New Gadget

Alam suka sangat dengar alunan zikir. So, dosage zikir dia adalah setiap pukul 1 tengahari, 4 petang, 7 malam dan 8 malam, dalam rancangan Indahnya Iman, Astro Oasis #106. Termasuk dengar azan sekali. Kusyuk dan tawaduk mengadap zikir tu setiap kali ditayangkan.

Ya Allah….!! Sejuk perut mak kau, nak… T__T (menangis terharu~~)

Kadang-kadang, kalau mood dia tak baik. Bila habis zikir, mula la dia melenting-lenting badan, menangis marah sebab dah habis. Habis tuuu.. Tu TV, nak~ Kalau vcd ke, Astro Beyond ke, boleh la mama rekod dan rewind semula sampai bosan. -_-” Haih.

Ada sekali tu, letak dalam henpon. Boleh tengok bila-bila masa. Tapi, kalau main kat henpon, tiap kali habis, tiap kali tu nak kena tekan butang replay semula. Budak kecik ni hangin ok bila kita ambik henpon tu, walaupun kita nak tekan butang replay je. Sabo je laa~ -_-“

Sebab tu, aku beli portable dvd player ni. Gigih download zikir-zikir, dan burn dalam CD. Nah.. Boleh tengok puas-puas. Atau, kasi dia duduk diam-diam masa aku nak gi mandi atau solat.

Selain dari dvd, portable dvd player ni boleh playback dari usb dan sd card. Monitor plak boleh rotate 180°. Siap ada car charger, boleh la Alam layan zikir masa balik KL ke, dalam long journey ke. At least, ada benda dia boleh tengok dan duduk diam-diam. Eceh~

Dah dua tiga hari tengok zikir di portable dvd ni, jari dia dah pandai dah picit-picit butang kat situ. Dia pandai tekan forward, pause, play, next. Haiyoh. Budak ni memang suka gadget lah!

Aku belum beri dia tengok kartun lagi. Tak sempat nak download. Nanti aku nak try bagi dia tengok Upin Ipin atau Wonderpets kat dvd player tu. Nak ke tak nak dia duduk diam-diam tengok. Hihi.

Tengoklah nanti macam mana.. Ihiks! 🙂

Advertisements

3 thoughts on “New Gadget”

  1. Ayong : salam ayong. Hihi. mekasih sbb baca~ nanti kaklang ajar ayong camne nak buat blog ok? 😉

    As : yg suka gadget2 ni, papa dia la. ahahaha.

    Like

Comments are closed.