amyz story, emosi, tulis

Jika Kau Bercinta Lagi

🙂 *kembali ke penulisan ala-ala artikel majalah penasihat gaya, cara hidup dan cinta. lol*

Bila di timeline (TL) twitter bercerita tentang how people are scare to fall in love, because they afraid they’re gonna be hurt. Buat aku fikir. Ah. Sayangnya. Jika tak mahu bercinta. Lagi. Jika takut bercinta. Lagi sekali. Semata-mata kerana takut terluka. Lagi. 🙂

Tapi. Kenapa mesti takut terluka. Lagi? Lepas tu, bila dah terluka, tak mahu percaya pada cinta. Dan tak percaya pada lelaki/perempuan yang mengecewakan.

Bila dikenang kembali. Bukan aku tak pernah dikecewakan, dilukakan, ditinggalkan. Pernah. Tahu sakit itu macam mana. Tahu sangat kecewa itu macam mana. Tahu sangat luka itu macam mana. 🙂

Tapi ambik dari satu sudut. Nanti kita akan berjumpa dengan seorang yang baru. Harapan baru. Cinta baru. Ambil peluang untuk bercinta semula. Untuk rasa perasaan bahagia semula. Untuk mengumpul kenangan. Walaupun, di akhirnya kamu akan terluka lagi. Biarlah. Aku tidak mahu duduk satu tempat dan menangis kecewa untuk bertahun-tahun lamanya. Biarkan hati jadi keras. Biarkan percaya kian luput. Biarkan peluang kian tertutup.

Umur kita ni sayang. Bukan makin muda. 😉

Dan sebenarnya apa yang kita lakukan itu, kita tidak memberi peluang kepada diri kita untuk merasa cinta. Lagi sekali. Dan merasa erti bahagia. Lagi sekali.

Indahkan rasa itu, jika dapat di rasai. Berulang-ulang kali. 🙂 Sentiasa dihujani dengan rasa cinta. Rasa bahagia.

Jangan sekat peluang. Jangan tutup pintu hati. Biarkan terbuka. Sentiasa menerima cinta. Bercinta seperti cinta pertama. Bercinta seperti tidak pernah bercinta sebelumnya.

Biarpun kelak, kita akan terluka. Seperti luka pertama.

Tak mengapa. 🙂

🙂

.

.

Note: I always fall in love, over and over again to Azlie. And he knows how to do it. 🙂

Advertisements

4 thoughts on “Jika Kau Bercinta Lagi”

  1. aku anggap macam ni jer. dari kecik kita dilatih memberikan barang mainan kita yang sudah tidak mahu kepada orang yang memerlukan. so kalau that boy/girl tinggalkan kita. anggap je sedekah. ahahahahahahaha kita carik yang lagik best!

    Like

Comments are closed.