umum

Cuti Dari Krismas Ke Tahun Baru

Sakan cuti~ 🙂

Sebenarnya ada kerja kahwin ni. Majlis perkahwinan adik.

So, hari ini sudah hari Khamis. Jadi persiapan makin rancak dilakukan. Hari ni khemah sudah dipasang. Malam nanti pelamin pula.

Ayah suka berkenduri secara traditional, dari berkatering. Masih ada kerja rewang dan penanggah. Bahan-bahan memasak sudah tersusun di dapur menunggu untuk di masak esok hari. Tunggu orang datang je ni.

Esok pasti meriah rumah ni dengan orang ramai. Esok juga akad nikah akan berlangsung sesudah Asar. Kenduri pula, hari Sabtu. KakTeh mesti berdebar-debar tu. Hihi.

Aku sudah berada di KL sejak cuti Krismas bersama Alam. Azlie hantar, kemudian pulang ke JB semula. Kerja. Esok dia datang KL semula.

Few days tak jumpa Papa dia, Alam tercari-cari. Pagi-pagi bangun tidur, dia panggil Papa. Hihi. I bet Azlie missed his son too. Mesej dia semua tanya pasal Alam je. Haha.

Takpe. Esok Alam dapat jumpa papa k? 🙂 Hihi.

Banyak kerja ni. Sempat update pula. Haha. Nanti update lagi. Daaa..

Advertisements