alam, amyz story

Bebas Berlari

Setiap kali aku balik kerja, Alam sambut aku dengan pelbagai mood. Kalau ok, dia sengih-sengih. Kalau tak ok, dia menangis-nangis – macam marah aku tinggal dia lama-lama. 😦 Dan kalau mood dia macam tu, aku bawa dia berjalan sebagai hadiah. Sebagai budak yang suka gila berjalan (Ya Allah, betul-betul copycat aku nih!), dia seronok duduk di kerusi penumpang sambil membebel itu ini dan tangan tunjuk itu ini.

Banyak benda di jalan raya dia dah kenal. Kereta, lori, bas, motor, lampu merah, lampu hijau. Kereta mama. Kereta papa. Ya. Semua kereta kancil biru dan kenari hitam tu adalah kereta makpak dia. Tiap kali nampak, terutama kenari hitam, becok mulut dia menegur, Pa. Pa. Ye. Tahu kereta papa jenis macam tu. Tapi bukan semua kereta tu, kereta papa dia. Hadoi. -_-“

Musim hujan ni, susah sikit nak bawa dia keluar jalan petang-petang. Member pun boring. Tu sebab bila aku balik kerja je, mula lah merengek dan start tantrum. Penat juga la. Dah la penat kerja, penat harung jammed. Balik-balik, member nak extra perhatian pula. Nak tak nak, layan la juga. Walaupun kadang-kadang, ada termarah juga. I’m not super-mom. 😦

Minggu lepas, ada satu petang yang cerah, tak hujan. Balik-balik, Alam dah tunggu. Bila nampak je kereta aku, terus meronta-ronta dari dukungan nenek dia, nak naik kereta. Okla. Bawa la juga. Dengan baju kerja, dengan beg tak sempat nak simpan. Bawa la dia pusing-pusing taman perumahan. Dia ok je duduk dalam kereta. Tapi sebenarnya, aku faham, dia nak keluar. Nikmati udara. Nak berlari. Nak bermain.

Sebab ada satu hari tu, aku bawa dia pusing-pusing. Nampak orang main layang-layang. Bulat-bulat mata dia tengok. Aku berhentikan kereta tepi padang. Biar Alam tengok layang-layang tu dari dalam kereta je. Dia punya suka tengok layang-layang tu ke sana-sini ikut angin. Bila layang-layang tu beralih arah je, dia gelak-gelak. Geli benar hati dia tengok layang-layang tu. Bila anak gelak-gelak macam tu, hilang semua penat rasanya. 🙂

So, petang minggu lepas yang cerah tu, lepas pusing-pusing taman perumahan, aku berhentikan kereta tepi padang. Ada padang bola. Ada court basketball dan track jogging. Aku lepaskan dia di basketball court. Kemain suka dia lari ke sana ke sini. Aku tengok je. Lepas lari, dia tunjuk sana. Tunjuk sini, sambil membebel-bebel bahasa german dia. Hehe.

Habis satu court basketball tu dia lari. Tak cukup lari kat situ, lari kat jogging track pula. Tak sempat nak ambil gambar sebab kena jogging sekali. Haha!

Nak dekat pukul 7 petang tu, nak la bawa dia balik. Mengamuk bila kena dukung tu. Bila masuk kereta baru ok semula. Haih. -_-“

Sabtu lepas, baru dapat bawa Alam ke klinik untuk 18month vaccination. Berat, alahai. Tak naik sangat pun. 9.7kg je. Belum kena inject, baru kena pegang dengan doktor dah meraung-raung. Bila kena inject lagi la kan? Adoi la. Memang copycat mama dia. Takut makan ubat. Takut pergi klinik. Haha. Sabar aje la, ye Papa? Haha.

Minggu depan nak start hantar Alam ke nurseri. Nanti nak cerita pasal nurseri training dan macam mana Alam kat nurseri nanti. Aku harap Alam ok je bila duduk nurseri. Boleh berkawan dan develop social skills kan? Semoga dipermudahkan. Amin~ 🙂

Advertisements

5 thoughts on “Bebas Berlari”

  1. Tiap petang angah cuba bawa semua ank jalan-jalan kaki ayam atas rumput. kalau tak dapat pegi taman pun, kat laman rumah jadi lah..discharge negative ion..

    senang kan nak bahagiakan budak, bawak jalan2 beressss

    Like

  2. best!! Muhammad pun baru pandai jalan.. asik nak berjalan je kerjanya.. malam-malam pun sekarang tdo lambat sebab suka benar berjalan.. ha ha.. (ayat aku pun copycat banyak).. tapi best bleh main kejar-kejar dah..

    Like

  3. Angah : kalau boleh mmg nak buat mcm tu. tapi perumahan saya ni byk anjing2. tak suka. merata2 najis satu hal. mmg kena bawa ke taman. wpun jauh sikit. huhu.

    mmg senang. pusing 2-3 round taman perumahan tu pun dia dah gembira. hihi. 🙂

    Nida : kan? bila dah dapat kaki ni. makpak dia kena exercise lebih sikit. hahaha. tak pe. baik utk kesihatan.. hahaha.

    Like

  4. Amboii betul punya manja Alam ni. He got what he wants most of the time ehehe

    Tapi tu kan babe bkn senang nak say no bila kita balik tgk muka comel dia tu sure cair. Kadang determine nak kena ajar anak belaja “u cant get everything” tapi lembik haha (in my case fozi lg senang cair)

    Takpe la kan as long as we told them remember to be grateful coz not everyone dapat apa yg diorg dapat

    Insya Allah Alam will be a good boy 🙂

    Like

  5. Newrin : Aku pun rasa Alam dah bit spoil la jugak dgn aku. Manjakan dia sgt, bak kata hubs.
    Sebab bila ada benda yg dia minta aku tak dapat kasi, aku akan beri dia benda lain sebagai ganti. Bukan semua kita boleh beri pada anak. Jadi, aku cuba beri apa yang termampu aje lah. Man, parenting is tough job kan?
    Thanks babe. Doakan anak2 kita semua dewasa menjadi orang2 baik. Amin.. 🙂

    Like

Comments are closed.