alam, diary mama

Alam’s 1st Day at Nurseri

Mulai hari ini, Alam akan dihantar ke nurseri oleh Papa. Selama setahun dan emm.. lebih kurang sebulan ni, selama duduk di JB ni, Alam dijaga oleh neneknya. Aku rasa memang dah sampai masanya untuk Alam dihantar ke nurseri – untuk ada kawan-kawan. Plus, mak dan abah Azlie akan menunaikan ibadah umrah pada hujung Februari nanti. Jadi, aku rasa better hantar Alam ke nurseri sekarang. Lagi lambat, lagi manja la budak tu. Hihi.

Sebelum hantar Alam ke nurseri, ada la juga kami bawa dia ke nurseri untuk training. Untuk kenal enviroment. Kenal penjaga kanak-kanak di situ. Kenal kawan-kawan baru. Masa training tu, aku tak tinggal terus. Aku duduk di situ buat seketika. Lepas tu menyorok sekejab. Bila tak nampak kelibat mama dia, menangis la budak tu. Berguling-guling kat lantai. Terpaksalah tunjuk muka. Apalah mama ni, tak boleh tahan langsung!

Penjaga kat situ beritahu, “biasalah kak. Kalau 1st time kena tinggal kat nurseri. Memang menangis. Paling lama sebulan. Paling kejab pun dua minggu.” Ye lah kan. Memang begitu. Kalau anak menangis je terus rasa tak sampai hati, sampai bila dia nak belajar kan? Nanti sampai sekolah pun dia nak mak ayah dia tunggu dia. Kan haru~ Kalau biarkan, memula memang menangis. Lama-lama dia akan ok. Boleh adopt dengan sekelilingnya. 🙂

Tak apalah. Dengan niat baik, untuk Alam belajar jadi dewasa – develop surviving skills, social skills and all – biarlah dia duduk di nurseri. Having fun with new friends. Mainlah sepanjang hari dengan kawan-kawan. Insya-Allah, Alam akan baik-baik saja. In fact, Alam akan gembira duduk di situ. 🙂

Petang nanti mama jemput balik ya? 🙂

ps: Suruh papa hantar pagi-pagi, selain dari sebab aku kena keluar awal pagi – tempat kerja yang jauh + jammed. Juga sebenarnya tak sampai hati dengar anak menangis bila kena tinggal. Hahaha. Sorry papa. You lagi tough dari I. Thanks papa. Mwah!

Doesn't he looks big now?

Advertisements

2 thoughts on “Alam’s 1st Day at Nurseri”

  1. bagus alam dok nursery, ramai kengkawan.. budak2 mmg pagi2 tu drama sket, kena cekal kan hati, tak pandang cermin belakang dah kalau aku.. tapi kejap je, dah ada kawan2 silap2 tak nak balik ptg tu, kekeke..

    take care yea alam.. btw, gambar di atas alam nampak matured laa..ramai peminat nanti kat taska. muuaaah!

    Like

  2. Effa: betul pun kata kau. Petang aku jemput muka dia selamba dek je. Tak heran aku dtg pun. Haha. Nak balik kena pujuk kemain lama lagi. Ahahaha

    Sabarrrrr aje la. Pagi2 je drama. Sib baik la yg hantar dia pepagi, papa dia. Haha.

    Like

Comments are closed.