Alam At School

Hari ni, masuk 5 hari Alam di nurseri. Petang hari pertama tu, on the way balik dari kerja, aku dah imagine apa drama yang Alam akan lakukan. Adakah dia akan menangis bila nampak aku? Atau berguling-guling di lantai? Atau sedang memegang grill pintu menunggu aku balik? Atau kena dukung dengan pengasuh sebab dia menangis tak henti-henti? Haha. Semua negatif thought~ Tak ada satu benda positif yang aku fikirkan, yang Alam just doing fine. Haha. Teruk punya mak~

Betul pun kata Effa,

Dah ada kawan-kawan, silap-silap tak nak balik petang tu. Ekeke.

Turn out – Alam ok. Dia tak menangis pun nampak aku. Siap main bola dengan kawan-kawan lagi. Bila aku ajak balik, member siap geleng-geleng kepala. Hadoi. -_-” Kena berdukung baru nak balik.Β Sabar aje la.

Dan hari seterusnya pun sama. Dia ok. Cuma, time hantar la, Papa yang hantar, beritahu Alam menangis bila sampai di nurseri. Biasalah tu. Lama-lama dia ok. Baru 5 hari kan? Bagilah masa dia sesuaikan diri. Insya Allah, Alam will be ok. πŸ™‚ Insya Allah~

Memang Alam nangis, tapi Alam ok, mama!

note : tulis school sebab di nurseri ni pun, pengasuh-pengasuh ada ajar doa, abc 123 dan buat aktiviti juga untuk budak-budak yang ada. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.