Petang Sabtu dengan Auntie Ika

Cuti 4 hari lepas ni, sebenarnya tak ada plan pun nak pergi mana-mana. Dari hari Jumaat dah dengar cerita sesak macam hapa je. Tapi nasib baik la time balik kerja tu, trafik ok lagi dan managed to sampai rumah on time. Awal-awal lagi suami cakap, tak payah balik KL sebab nanti balik JB mesti jammed gila. Aku pun ok je. Pernah sekali dulu balik dari KL – JB time CNY ni. Jammed dari Pagoh ke Tol Skudai tu, ya Ampun, taubat! Jadinya, cuti kali ini, duduk di rumah sajalah.

Itulah yang aku fikirkan~ Sehinggalah Ika email, beritahu dia nak datang JB dan ajak jumpa. And plan nak bawa Alam dan anak buah dia mandi di Starhill Waterpark or set up pool di rumah saja. Yeay! Aku ok sebab I love anything to make my son happy. Bawa keluar pusing dua tiga kali taman perumahan pun dah ok. Inikan pula mandi pool?

Jadi, petang Sabtu selepas Alam bangun tidur dan makan. Memang ingat nak keluar pukul 2 macam tu. Member tu, pukul 2:30 baru bangun, camne lah? Lepas makan, siap-siap – terus keluar. Cuaca macam nak hujan ni. Rasa macam tak boleh nak pergi Starhill Waterpark. Sure tak dapat mandi punya. Betul pun. Sampai je rumah abang Ika, hujan pun turun. Ika pun set up la pool. Hihi. Alam was good. Tak melekat sangat. Nak juga lari sana sini. Keluar masuk rumah – macam rumah dia pulak. Sepak bola. Panjat tangga. Hadoi. -_-” Lepas tu nak cari gaduh dengan orang. Orang tak kasi panjat tangga, dia angkat tangan nak pukul. Huhu. -_-” Apa lagi. Ika lagi la suka menyakat. Eh, tak takut pulak tu. Haha.

Setelah sejam mengepam, baru la anak buah Ika, Umar, Wawa dan Hydir – serta Alam mencampakkan diri dalam pool. Siap berenang-renang lagi. Haha. Pool bukan besar mana. Tapi dapat saja menggembirakan hati budak-budak, tu pun dah buat aku rasa seronok. Tengok Alam main dengan abang-abang dan kakak. How Najwa pandai melayan Alam. Even Hydir pun pandai layan Alam. Umar lagi la. Apa Umar buat, Alam nak tiru. Macam idola pula. Haha.

Dan aku ni boleh terlupa yang aku ada bawa kamera tapi tak snap pun? Memang rasa nak hantuk kepala kat dinding. Sabar je la. Terpaksa ambil gambar-gambar dari FB Ika. Hihi.

Nak belajar berenang nih!

Tengok la betapa Alam enjoy mandi dalam pool ni. Auntie Ika menyakat lagi – “Dah. Dah. Keluar. Keluar..” Laju si Alam geleng kepala. Tergelak-gelak Ika tengok keletah Alam. Seronok dapat menyakat Alam la tu.

Next time, kalau Ika datang JB lagi, kita pergi mandi kat pool besar sikit lah. Puas sikit Umar nak berenang. Hihi. πŸ˜€

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.