Cuti Dalam Johor Je..

Ahad.ย Cuti lama. Rasa macam meronta-ronta juga nak berjalan-jalan makan angin.

Lalu ajak suami pergi mandi-manda di laut. JB dekat dengan laut ape~ Desaru ke, Tg Balau ke~ Tetapi~

Tak adalah merajuk. Diam sambil fikir-fikir, mana tempat nak bawa anak bersuka ria (dengan laut dikecualikan..) Dan aku fikir, sampai “Kalau pergi Melaka ni pun best juga.” Lepas tu ubah fikiran, sebab fikir Melaka mesti penuh dengan pelancong time-time cuti ni.

Malam tu, suami panggil.

Isnin. Selepas pergi open house CNY. Kami bersiap-siap keluar. Guna highway baru E22 – dari Ulu Tiram terus ke Desaru.

Wuhu.. dah nak sampai jambatan

Check in. 2 hari 1 malam. Penginapan termasuk breakfast dan dinner serta waterpark untuk 2pax, bersama kawan suami sekeluarga (kawan suami, isteri dan anak mereka yang berusia 2 tahun.)

Apalagi enjoy lah!

Alam enjoy dalam bathtub

Lama dalam bathtub ni. Tak mahu keluar-keluar. Kepoh sangat mulut dia membebel. Haha. Bila angkat keluar, punyalah dia marah – melenting-lentingkan badan. Sabar je la.

Petang tu, jalan-jalan tepi laut. Tak mandi. Alam takut nak jejakkan kaki dia kat pasir. Geli kot. Hihi.

Lepas makan malam, lepaskan Alam berlari di padang depan coffee house. Amboi suka betul member. Sampai tak cukup tanah berlari. Penat mama papa mengejar. Sempat ambil gambar dengan badut.ย Surprisingly, Alam tak takut pun. Hehe.

Just another gateway..

Selasa. Lepas breakfast, siap-siap ke waterpark. Mandi la sampai lebam. Ada lazy river – macam water slide juga. Dua kali cuba. Alam sampai tenggelam-tenggelam dalam air. Haha.

Bila tengok Alam dah menggigil-gigil, kami semua naik. Bilas badan di bilik. Alam pula, boleh sambung berendam dalam bathtub. -_-“

Check out pukul 12. Balik. Esok kena kerja. ๐Ÿ™‚ Bercuti walaupun sekejab, tapi puas sebab we’re having a very good time there. ๐Ÿ™‚ Thanks hubby for everything. ๐Ÿ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Cuti Dalam Johor Je..”

  1. last tuesday aku buat day trip to JB…terus teringat kat kau but becoz we are in hurry and plan pun day trip kan xcontact sapa2 in JB

    and JB adalah jauhhh okkayy (last we went there was 3 years back) konon rasa ok je daytrip padan muka on d way back rasa mcm why la tak check in je haha

    respect la korg yg selalu travel to JB

    Like

  2. Newrin : Waa.. daytrip JB – KL adalah satu benda yg plg tak suka nak buat, kecuali husband aku la. Dia tabah nak drive JB – KL- JB.
    Baik stay sehari. Penat wehh.. Hahaha.

    Lagi tabah org yg travel JB – Kedah, macam boss aku. Hahaha. Kalo aku, pengsan dah!

    Like

Comments are closed.