amyz story

Buat Malu Je.

Semalam, sebelum ambil Alam di nurseri. Singgah pasaraya untuk beli susu dan milo. Kat office tak sempat nak keluar waktu lunch hour. Bila balik semalam, sampai awal sedikit dari biasa, jadi sempatlah singgah ke pasaraya.

Memang niat beli 2 barang je, dah capai barang, terus pergi ke cashier. Bayar. Cashier pulangkan baki. Baki syiling dua puluh sen, kelihatan ganjil dari biasa. Warna keemasan. Aku rasa pelik menerima syiling tersebut, terus bertanya,

“Eh, ni apa awak bagi ni?”

Cashier tu sedikit panik, confuse dan terkejut. Bulat mata dia.

“Ni apa?” Sambil tunjukkan syiling keemasan itu padanya.

“Err.. Ni duit baru, kak.”

Eh. Ye ke? Terus aku belek duit syiling tersebut. Kenapala syiling baru ni pelik sangat? Syiling dua puluh sen besar sedikit je dari syiling sepuluh sen. Kan dah aku ingat ntah mana-mana token la cashier ni bagi kat aku. Sengal.

Aku ni pun ignorance~ Masa keluar duit baru tu, tak bother pun nak tengok macam mana size dia, rupa dia. Buat tak tahu je. Bila orang bagi duit baru, terus-terus jadi jakun. Sengal.

Kan dah.. Tak pasal-pasal malu sendiri. Bongok! (>.<) Hihihi *sambil jalan laju-laju keluar dari pasaraya..*

Syiling dua puluh sen. Besar sikit je dari syiling sepuluh sen yang lama. -_-"
Advertisements

5 thoughts on “Buat Malu Je.”

  1. hahaha… ramai org cakap duit baru mcm token game arcade

    patut ko ckp macam ni “relax dik i’m joking of course i know ni duit baru, gabenor and i are buddies” ayat cover line sambil keluar bergaya hahaha

    Like

  2. Newrin : Hahaha. Aku cepat2 keluar woo. Malu. Hahaha.

    Ntahnya. Dah la ringan. Mesti tak lepas bila nak beli air sukida nih.

    Like

  3. Ahahahhaa.. Terus segar malam2 buta ni. Sib baik ko tayang duit ni.. idakla berlaku pada aku yg samala ignorantnya tu.. Sibuk ke duit kertas je aku, duit syiling tak dulik. aaahahaha

    Like

Comments are closed.