amyz story

Satu Teguran. Mungkin.

Kejadian ni dah berlaku lama dah. Sebulan ke dua bulan yang lepas. Baru teringat. Baru rasa nak tulis. *sigh*

Balik dari makan tengahari. Aku berjalan dalam bangunan yang besar ini, menuju pejabat. Bertemu dan berselisih bahu dengan ramai orang. Jam pukul dua lebih waktu itu, dan boleh dikatakan ia merupakan hari yang sibuk.

Tiba-tiba, muncul di depan aku seorang pesakit yang berjalan menggunakan tongkat. Nampaknya kaki dan tangan dia patah. Tapi gigih berjalan menggunakan tongkat. Kurus. Tinggi. Dark-skin.

Dalam ramai-ramai orang yang berselisih dengan dia, sebelum aku. Dia pilih untuk menegur aku.

Dia bagi salam dan senyum.

Aku jawab dan senyum.

Dia tanya, “Dah solat?”

Confuse. Pelik. Hairan. Semua ada.

“Belum”

“Jangan lupa solat ye?”

Dan dia berlalu.

Lalu, hilang dari pandangan.

Aku terpinga-pinga dalam 5 ke 10 saat. Kaku di tempat aku berdiri.

Sehingga sekarang, masih jelas rupa dia, keadaan dia, dan suara dia di mata dan telinga aku.

Misteri tak?

Advertisements

4 thoughts on “Satu Teguran. Mungkin.”

Comments are closed.