I Wrote This For You

Sudah lama aku mengikuti blog I Wrote This For You. Banyak inspiring entry di situ dan foto yang cantik, kreatif. Lalu dengan beraninya, tanpa sebarang niat apa-apa, aku menghantar foto-foto untuk  I Wrote This For You – Kindness From Stranger. Dah lama tak asah bakat untuk berkreatif. Menulis, melukis dan mengambil gambar. 🙂

I Wrote This For You
I Wrote This For You #1

Ok. Tulisan tangan gambar di atas adalah sangat buruk dan huduh. T__T

Uhuks!

I Wrote This For You
I Wrote This For You #2

Nota : Aku lebih suka menulis menggunakan pensil dari pen, dan aku rasa tulisan aku guna pensil cantik sikit la dari tulisan tangan guna pen. Haha *pelik kan?*

Dan foto-foto selebihnya ada di Tumblr.

Ini, sekadar suka-suka dan kerana sudah lama, terlalu lama tidak mengasah bakat yang ada. Yang mana, ianya sudah terlalu kelabu dan tumpul atau berkarat. T_T

Sudah lama tidak menulis inspiring thought.

Sudah lama tidak melukis. Yang ini terlalu lama. Sangat lama. T_T

Dan sudah lama tidak mengambil gambar – atau – aku lebih suka menggelarkannya – capture the moment. Kalau ambil gambar Alam tu memang banyak sangat. Hehe.

Aku mahu jadikan ini, satu permulaan untuk menjadikan yang selepas ini lebih baik, bertambah baik dari sebelum-sebelumnya. Tidak kiralah dari segi tulis, lukis atau capture the moment. Heh. 🙂

Sebagai motivasi dan pemangkin – mengenali, memahami dan mendalami seni yang ada dalam diri. 😉

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.