Gembira Dapat Membantu

Di bahagian IT ni, kami perlu (bukan kata perlu dah tapi wajib dah ni) membantu pengguna-pengguna komputer atau sistem dari segi teknikal dan apa saja masalah yang berkaitan dengan komputer atau sistem.

Contoh satu:

Puan, monitor ni tak on la.. Puas tekan butang on.Β 

Bila terjadi macam tu, selalunya saya suruh mereka check power on atau tidak. Atau check cable sambung ke tidak. Walaupun kadang-kadang dapat feedback sebegini:

Entahla puan. Semua macam biasa. Saya tak tau la yang mana satu.

Baiklah. Sebagai pekerja berdedikasi (Ops! Puji diri sendiri. Haha.), saya pun ke tempat pengguna, rata-ratanya lebih dari radius 100 meter dari bahagian IT ni. Kadang-kadang berlari anak sebab nak cepat sampai ke tempat pengguna. (Anggaplah ianya sebagai senaman ringan. Hakhak.)

Yang mana, bila saya periksa – monitor tidak on tu hanyalah sebab cable tak berapa rapat. Sikit je. Rapatkan sikit je. Dan monitor boleh hidup semula. Kerja yang tak sampai 5 minit pun. T__T

Contoh dua:

Puan, sistem ni problem la. Tak boleh akses.

Okay. Saya pun pergi tengok. Sebabnya? Network disable. Enable semula. Sistem dapat connect. Ya. Kerja yang tak sampai 5 minit.

Sebab bukan semua orang IT literate. Bukan semua ada background IT. Diorang dah pandai guna sistem, atau guna komputer dah cukup bagus. IT boleh bantu dari segi teknikal dan apa jua masalah berkaitan dengan komputer/sistem.

Ada kes di suatu hari Ahad bulan lepas, masa sedang mengemas rumah, pengguna call handphone sebab monitor tak boleh on. Ya. Seperti masalah di contoh nombor satu tadi lah. Betul. Saya drive dari rumah ke office selama 2o minit dan kerja siap tak sampai 5 minit, drive semula ke rumah 20 minit. Nasib baik hari Ahad. Jalan clear. Ya. Dengan Alam dan suami pun ku hangkut sekali ikut ke office. Haha. What a waste!

Tapi itulah. Dah kerja kita kan. Kalau tak tolong, nanti diorang tak nak guna sistem – susah juga. Nak kena menjawab pulak dengan pengarah nanti. Ah. Buat susah je.

Seperti tadi, saya ubahsuai sedikit koding dalam program 4gl – save – compile – wallah, laporan sistem yang pengguna mahu cetak setiap bulan itu sudah boleh dicetak semula! Fuh! Seronok! Gembira sebab dapat menyelesaikan masalah pengguna. Pengguna senang. Saya lagiiii senang.

Percayalah. Walaupun terpaksa berpayah sedikit. Saya sebenar-benarnya gembira dapat membantu. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Gembira Dapat Membantu”

  1. ayob : hahahahahahaha. keji la kau ni.

    aku ada gak bagi pakej tarbiyah tu. dorang buat muka tak bersalah je.. hahaha.

    Like

  2. 1. Macam mana aku boleh tak tahu ko dah lama menulis di sini?

    2. Aku seronok baca entri kau yang ni, terasa kau menulis dari hati dan kau benar-benar gembira tolong selesaikan masalah-masalah remeh macam tu. Tinggi betul kesabaran kau. Kalau akuuuu.. haih nampak sangat tak berapa ikhlas nak kerja. 😦

    Like

  3. Hana : 1. Haha. Aku tak hebahkan masa mula2 pindah sini. Tapi recently baru connect ke twit setiap kali update.

    2. Kdg mmg hangin. Tapi selebihnya kasihan sebab diorg tak tau ttg komputer langsung. Kdg ada yg takut guna pc lagi. Kasihan.. 😦

    Like

Comments are closed.