Alam Dah 20 Bulan (lebih)

Naik tram di Danga Bay

Ini adalah entri tentang anak. πŸ™‚

Alam sudah pun melepasi umur 20 bulan dua minggu lepas. Lagi 4 bulan dah boleh wean dari breastfeed. Ya. Dia masih breastfeed – malam sajalah. Siangnya, Alam minum susu full cream. Entah bila boleh wean, aku pun tak tahu. Tapi aku harap agar proses cerai-susu badan ni berakhir dengan baik, tanpa kejadian tragik dan tangis sama ada dari maknya atau anaknya. Biasalah. Mak yang penuh drama dan emo. Sedikit sebanyak, pastinya sukar nak berpisah dari kebiasaan.

Tapi, kawan-kawan di office ni, ada dua orang masih breastfeed-kan anak mereka walaupun dah 2 tahun lebih. Tak sampai hati, kata mereka. Mungkin aku akan jadi macam mereka juga kot. Huhu. T_T

Berbalik kepada cerita anak yang sudah berusia 20 bulan tu. Yang baru seorang buah hati pengarang jantung. Yang makin panjang akalnya. Yang makin banyak karenahnya. Yang makin manja dan meminta perhatian dengan banyak. Yang menduga kesabaran setiap hari. Setiap kali marahkan dia, sewaktu malam, semasa menidurkan dia, aku minta maaf dan mengucupnya berkali-kali. Oh Tuhan. Begini rupa kasihnya seorang mama.

Alam, suka masuk bilik air untuk main air. Bukan untuk mandi. Ya. Kalau kita mandikan dia, maka bermulalah drama. Menangis, memeluk kaki sehingga basah baju dan seluar mamanya. Geram betul!

Suka keluar berjalan ni, adalah trait dari mama. T_T Setiap hari bila jemput balik dari nurseri, aku akan bertanya, “Kita balik rumah terus ye?” Terus hentak-hentak kaki, sambil geleng-geleng kepala dan merengek-rengek. Suka tak? Maka terpaksalah aku round 2-3 kali kat taman-taman perumahan berdekatan. Kalau hujan, ada juga excuse balik rumah cepat. Haha.

Bila dah kenal kereta papa dan mama, maka semua kereta-kereta yang sejenis dengan kereta papa dan mama, tak kira apa color pun, adalah kereta papa dan mama dia. -_-“

Suka tengok lori besar, lori tangki, lori sampah, lori simen dan bas – tak kiralah bas sekolah, bas kilang, bas ekspress dan bas biasa. Bila nampak lori tu, mula la jari kecil menunjuk, sambil mulut bising membebel.

Tak takut bunyi guruh, bunyi mesin rumput, bunyi mercun. Tapi takut bunyi blander. Alam, you’re funny!

Bila nampak huruf, terus cakap, A-ce-ce-ce, as in A, B, C, D …

Dah kenal banyak benda dan binatang. Boleh point mana sesuatu benda jika ditanya. Kalau tanya mana TV, dia tunjuk TV. Mana jam, dia tunjuk jam. Cakap sajalah yang belum pandai. Hihi. Oh. Dia takut lipas dan cicak. Haha.

Bila dengar azan, dia pun azan sekali sambil dua-dua tangan di belakang leher. Haha. Bila solat, dia akan sujud dan duduk antara dua sujud. Berlama-lama pula tu time sujud. Panjang doanya, ya nak? πŸ™‚

Cuma satulah buat aku lost-temper bila Alam tantrum, sebab dia suka hantuk dahi kat lantai atau dinding. Sakit betul hati tengok. Dah tau sakit, dia buat juga. Memang test kesabaran sungguh. Aduhai!

Dia juga terlalu clingy! Nak mandi pun susah ok. Tambah-tambah dia dah menangis-nangis kat luar. Kadang-kadang sampai ketuk-ketuk pintu bilik air. T_T Nangis!!

Dan selagi, aku tidak dapat uruskan dia seorang diri dengan baik. I mean, aku ni tak berapa sabar, handle seorang anak ini pun kelam kabut. Kadang sampai tak sempat nak membasuh, memasak, mengemas apatah lagi kan? Selagi itulah, soalan bila nak tambah lagi seorang tu disimpan elok-elok dalam folder KIV. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Alam Dah 20 Bulan (lebih)”

  1. “YA ALLAH, pada malam JUMAAT ni,aku berdoa biar budak Amyz ni dapat anak lagi malam kang. ”

    Aminnnnn!.

    Keh keh keh!.

    Like

  2. ahaha doa Ayob memang ampeh..

    babe, sama la Muhammad pun suka hantuk kepala lorh.. kadang-kadang sampai biru/hijau dahi.. alahaiiiii…

    Like

  3. Nida : tu la. sabo je la. haha.

    tak tau mcm mana nak prevent dia dari hantuk kepala. kalau dihalang, dia buat lagi, kalau dibiar pun macam tu gak. buat naik darah je. hahaha.

    Like

Comments are closed.