Bekerja dengan Koding

Lepas balik dari KL cuti Maulidur Rasul tu, bertimpa-timpa kerja kena buat. Kena test sistem, kena buat versioning, programming, pindah data. Waaaa.. Banyak sangat kerja. Sampai update blog pun kena curi-curi masa. Ewah. Sempat juga nak update blog kan? Sungguh keji.

Sudah 2 minggu mengadap koding, sampai tidur pun mimpi koding. Betul. Tak exaggerate. Sebab asyik mengadap koding je kan. Baik 4gl, sql mahupun php. Semalam, ada mesyuarat ringkas dengan department lain untuk penambahan kod yang baru dalam table. Turut terlibat, pembetulkan koding di form dalam sistem, yang mana berkaitan dengan kod baru tersebut. Adeh deh deh. *pitam*

Currently sedang bertungkus lumus buat satu sistem web-based untuk pemantauan latihan dalam perkhidmatan bagi staff. Sebabkan latihan asyik tak cukup 7 hari setahun, jadi nak ada satu sistem untuk pantau berapa banyak latihan yang setiap staff dah pergi. Wuuuhuhuhu~

Kelmarin pula, dapat email dari boss untuk install version baru salah satu sistem bawah pengawasan aku. Tu yang aku mengaruk kat twitter tu. Dah la nak upgrade sistem baru tu, kena uninstall previous version then install version baru, to more than 100 computer at few different department. Mana tak nak mengaruk? Dulu, kami dua orang je buat installation dulu. Penat ok. Kalau antara department ni dekat-dekat takpe gak. Dan aku 100% blame orang yang buat sistem tu. Sekarang dah ada teknologi web-based sistem, yang sesuka hati buat sistem pakai client-server based tu apa ke hal nya rajin sangat. Ingat kami ni takda kerja lain ke nak dok uninstall, install sistem ni? Pfffbbbttt..! Kan dah hangin. Haha.

Sabar aje la. Dah kerja kan. Kena la buat. Cuma kena minta tolong staff lain buatkan installation juga la. Ya la. Kita tak sukala nak ganggu-ganggu orang lain buat kerja bawah supervision kita kan. Diorang pun ada kerja hakiki juga. Hadoi. Nangis! T_T

Dah la semua-semua kerja ni kena settle cepat, sebab nak guna dalam bulan Mac. Suka tak? Tak suka tau! Nak suruh cepat buat, tapi bagi short notice.  Huhu. T_T

Terus-terang, bila aku dapat email dan kerja ini – bagaikan serentak. Terus aku rasa macam nak menangis. Sedih sungguh!

Oleh sebab stress dengan kerja, aku rasa aku layak reward diri aku sendiri dengan pembelian dua buku ini. Ewah! Eh, buku ok. Bukan aku shopping baju ke kasut. :-p

Habibi karya Craig Thompson. Graphic novel. Suggested by HanaKirana. Baca few pages, dan rasa, owh. Buku ni, menakjubkan! Serius.

Dan buku ini:

Sophie Kinsella yang terkenal dengan Shopaholic-nya. Dan aku harapkan, selain novel ini tidak terlalu romantik, dan seperti Sophie Kinsella yang biasa, humor dan selamba, serta lari dari Shopaholic. Ehehe. Aku akan baca lepas baca Habibi. 😉

Yes. That’s how I reward myself, and I love it! 🙂

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Bekerja dengan Koding”

  1. Marsha : domain dan web-hosting kawan punya. free je~ saja tumpang. space besar. haha. senang nak menten. 😉

    Like

Comments are closed.