amyz story

Pindah Bilik Lain

Unit IT pindah dari bilik lama ke bilik lain yang lama (iaitu bukan bilik yang baru/cat baru/bilik yang telah direnovasi sebagai baru. Tidak.) Kami dapat arahan untuk berpindah serta merta. Dari hari  Isnin, sibuklah staff-staff unit IT ni mengemas barang, memindah barang. Nasib baik penempatan baru kami tidak terlalu jauh dari bilik lama. Kalau tidak, lagi berpeluh-peluh nak menghangkut barang-barang. T_T

Dan bilik baru ini masih belum ada port network, power dan talian telefon. Vendor baru datang buat network cabling semalam. Memang tak dapat nak berinternet lah staff IT ni. Haha. *Nasib baik gua ada broadband sendiri. Hahaha!*

Semalam sudah selesai memindahkan barang dari bilik lama ke bilik baru. Menyusun kedudukan meja, almari dan lain-lain lagi lah~ Fenat beb! Bab pindah-memindah ni, paling leceh adalah bila dah pindah barang – kena susun semula. Haih! Penattt! Tapi kalau tak kemas dan susun, berterabur lagi serabut. Hadoi la.

Pindah barang tu takde hal sangat. Tapi sampai mencederakan diri sendiri tu ape ke hal nya?

Semalam cedera kat tangan kanan. Luka kat atas tu masa keluarkan laci besi. Tau la laci-laci besi ni, dah la besar, berat pulak tu. Kan dah tercedera. Eceh. Cedera sikit pun nak tayang. Ngeeee.. >_<

Hari ni pula, jari tangan kiri pula luka kena kaca. Masa angkat almari kaca, almari tak seimbang, then pintu kaca tu pecah. Adoi. Apalah si Amyz ni. Memang tak boleh buat kerja. Buat kerja sikit, ada saja yang cedera.

Like I said to Azlie, its a curse.. ~ Azlie mesti buat roll-eyes. Haha!

Diri sendiri yang clumsy, tetiba cakap ada curse pulak. Haha!

Okay. Nak sambung mengemas~ 😉

Advertisements

5 thoughts on “Pindah Bilik Lain”

  1. hahah aku paling benci kena pindah2 ni… stress okay!

    haaa kau mmg mcm hani, dia luka mcm tu jugak n dia complaint pasal luka tu until laaa benda tu hilang (3weeks jugak la) gile drama! nak sruh angkat bag sekolah pun tak larat duhh

    nway get well soon 😛

    Like

  2. cikdaun : ahahahaha. kejiii je~ haha.

    newrin : mmg stress. line phone belum ada lagi ni. nak call user mmg kena guna hp je. stress!
    hahaha. Hani drama queen!! Sabar aje la sampai angkat beg pun tak larat. Hahaha. Pandai manipulate tu. Haha.

    Thank you babe! 😉

    Like

Comments are closed.