Macam Tau-Tau Je

Cilakak!

Tau la hari ni gaji dah masuk.

Memang la benda alah lipat baju ni dalam wish-list.

Tetiba, tengok Milkadeal ada deal ni pula.

 

Ni harga murah juga la. Sebab link yang Ida bagi dalam entri sebelum ni tu, harga dia RM39.90 untuk delivery. Kalau pick up baru harga murah sikit. Adoii! Macam mana ni? Nak beli ke tak? Nak beli ke tak?

Damn! Damn!

Ah. Ada 5 hari lagi untuk berfikir sebelum deal habis.

Haha!

Advertisements

Malas Lipat Baju

Saya ni malas la lipat baju~ Haha. Sungguh jujur pengakuan tersebut.

Sebab waktu membasuh adalah di hujung minggu. Hari Sabtu, pepagi lagi dah pusing mesin. Basuh baju kerja kita. Basuh baju kerja suami. Basuh baju basahan. Seluar jeans suami. Basuh baju anak. Basuh cloth diaper. *pengsan*

Basuh tak apa lagi. Semua masuk mesin basuh – kecuali tudung. Cloth diaper, lepas bilas dan bersihkan kotoran – pun masuk mesin juga.

Bila tiba waktu melipat baju tu. Uhukssss!! Tarik nafas. Lepas nafas. Tarik nafas lagi. Lepas nafas lagi. Ulang sampai rasa lega. Ambil nafas lagi dan berkata dalam hati dengan semangat, Ya, saya akan habiskan lipat semua baju ni dalam masa 30 minit! Mula lipat baju sambil tahan nafas.

Ok. Ok. Saya tahu, saya exaggerate. Tapi lebih kurang begitulah saya rasa bila nak lipat baju tu. Kalau tak lipat baju, rimas betul mata melihat timbunan baju atas katil/sofa. Rimas! Rimas! Kalau baju dah diangkat dari sidaian, memang saya akan lipat terus. Tak mahu tangguh-tangguh. Lagi ditangguh, lagi gundah gulana hati ini (Sorry.. drama lagi~).

Jadi sekarang ni saya rasa mengada-ngada nak beli benda alah ni.

Macam best. Tengok cara lipat baju dengan mudah seperti gambar di bawah:

Senang kan? Kan? Sesuai sangat dengan orang malas lipat baju macam saya. Nasib baik baju-baju kerja di hanger kan. Kalau kena lipat juga. Haaa.. Pengsan.!!

Saya belum nak beli dalam masa terdekat ni. Tapi benda ni dah letak dalam wish-list la gitu. Hihi. Sekarang survey harga. Paling murah RM29. Paling mahal RM35. Kalau groupon ke, milkadeal ke tawar harga lagi murah dari itu, saya akan beli serta-merta. Haha.

*Huhu. Senang sangat terpengaruh dengan iklan. T__T

A Bit

My favorite dessert;

caramel cheese cake @ nandos

 

Just finished read (which I will write a review about it.) :

Dapur Wawa by Ika Madera

 

Current favorite song :

Goyte feat Kimbra - Somebody That I Used To Know

 

Watching this last weekend at ch413 – and put it in my favorite movie list;

Limitless

 

Sent my car to get new tinted last week, and change the car alarm too;

New tinted. Woohoo.

 

Nothing much to rant about, because my life pretty simple and run smoothly. But I’m thankful for that~ ๐Ÿ™‚ And at work, busy as hell. ๐Ÿ™‚

Wordless Wednessday

Inilah dia buat masa mama dia nak lipat baju. Duduk atas longgokan kain baju tersebut. Seronok menyelubungkan kakinya dalam kain baju. Nak lipat kain pon tak senang. Terpaksa mama lipat baju lepas Alam tidur. -_-” huuu..

Ceh. Wordless konon! :-p

Posted with WordPress for BlackBerry.