Malas Lipat Baju

Saya ni malas la lipat baju~ Haha. Sungguh jujur pengakuan tersebut.

Sebab waktu membasuh adalah di hujung minggu. Hari Sabtu, pepagi lagi dah pusing mesin. Basuh baju kerja kita. Basuh baju kerja suami. Basuh baju basahan. Seluar jeans suami. Basuh baju anak. Basuh cloth diaper. *pengsan*

Basuh tak apa lagi. Semua masuk mesin basuh – kecuali tudung. Cloth diaper, lepas bilas dan bersihkan kotoran – pun masuk mesin juga.

Bila tiba waktu melipat baju tu. Uhukssss!! Tarik nafas. Lepas nafas. Tarik nafas lagi. Lepas nafas lagi. Ulang sampai rasa lega. Ambil nafas lagi dan berkata dalam hati dengan semangat, Ya, saya akan habiskan lipat semua baju ni dalam masa 30 minit! Mula lipat baju sambil tahan nafas.

Ok. Ok. Saya tahu, saya exaggerate. Tapi lebih kurang begitulah saya rasa bila nak lipat baju tu. Kalau tak lipat baju, rimas betul mata melihat timbunan baju atas katil/sofa. Rimas! Rimas! Kalau baju dah diangkat dari sidaian, memang saya akan lipat terus. Tak mahu tangguh-tangguh. Lagi ditangguh, lagi gundah gulana hati ini (Sorry.. drama lagi~).

Jadi sekarang ni saya rasa mengada-ngada nak beli benda alah ni.

Macam best. Tengok cara lipat baju dengan mudah seperti gambar di bawah:

Senang kan? Kan? Sesuai sangat dengan orang malas lipat baju macam saya. Nasib baik baju-baju kerja di hanger kan. Kalau kena lipat juga. Haaa.. Pengsan.!!

Saya belum nak beli dalam masa terdekat ni. Tapi benda ni dah letak dalam wish-list la gitu. Hihi. Sekarang survey harga. Paling murah RM29. Paling mahal RM35. Kalau groupon ke, milkadeal ke tawar harga lagi murah dari itu, saya akan beli serta-merta. Haha.

*Huhu. Senang sangat terpengaruh dengan iklan. T__T

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

6 thoughts on “Malas Lipat Baju”

  1. Hahahaha…sampai nak tunggu groupon yg tak tahan tu…ya ampunnnnn..

    sib baik aku punya job basuh saja.lipat org rumah aku. πŸ˜€

    Like

  2. Ayob : hahaha. mestilah. dulu milkadeal ada gak offer. tapi masa tu sombong lagi. sekarang bila tiap2 minggu kena lipat baju, i really need a helping tool. hahaha.

    Like

Comments are closed.