tulis, umum

Solat Dhuha

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Panduan solat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am – 1pm petang sebelum waktu zohor,

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, “Allahuakbar” & Niat dalam hati :

– Lafaznya: “Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
– Baca Alfatihah hingga akhir
– Baca Surah, pendek pun tak apa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
– Baca Alfatihah
– Baca Surah, pendek pun tak apa. (paling afdhal surah Addhuha)
– Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:

– Tahiyyat akhir dan beri Salam

3. Doa Solat Dhuha

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan kepada semua dan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Advertisements