Membuka Mata dan Hati

Assalamualaikum wbt.

Kawan-kawan yang dikasihi. Saya dengan rendah hati, pada permulaan entri ini, saya menyusun jari memohon maaf. Atas apa jua kesalahan yang saya pernah lakukan, dari segi perkataan, perbualan mahupun tulisan.

Allah itu Maha pengasih lagi Maha pemurah pada setiap hambaNya.Β Saya ini, insan biasa yang banyak melakukan kesalahan serta jarang bersyukur atas nikmat-nikmatNya.

Entri ini BUKAN mahu menunjukkan saya seorang yang “goody-goody”. Tidak. Sebenarnya lebih kepada mengingatkan diri saya sendiri. 😦

Allah telah meminjamkan saya akal, mata dan hati untuk menilai, memerhati dan berfikir untuk jalan kebaikan. Lalu, mungkin kerana itu, saya ditakdirkan bekerja di sebuah hospital – tempat di mana kelahiran dan kematian bertemu. Ironi bukan?

Lama betul saya fikir tentang perkara ini. Bila hati saya bertanya, kenapa, mengapa. Allah membukakan mata, hati dan memberikan saya akal untuk mentafsir apa yang saya lihat, alami dan rasai.

Sebelum ini, saya bekerja di tempat yang selesa, yang mewah – duduk pula dengan keluarga – tanpa risau apa-apa. Itupun selalu juga saya merungut itu ini. Bila saya ditempatkan di sini, di sebuah hospital – nikmat tempat kerja yang mewah dan sejuk setiap hari, telah ditarik balik. Kemudahan seperti tandas dan surau pun berkongsi dengan orang awam.

Walaupun demikian, Allah itu sebenarnya Maha Penyayang. Dia “menegur” kealpaan saya dengan cara inilah. Hari-hari saya melihat kesakitan, kematian, kelahiran, agar saya “kembali” kepadaNya, berserah kepadaNya. Supaya saya sedar tentang saya ini hanyalah hambaNya yang dituntut beribadah kepadaNya, mencari rezeki di jalanNya dan mencari keredhaanNya.

Saya kongsi satu entri dari blog kegemaran saya, di sini. Itu antara satu, sebagai ingatan kepada saya. Setiap pertanyaan, pasti ada jawapannya.

Umur kita ini, sayang, bukan makin muda. Setiap waktu yang berlalu meningkatkan usia kita ke tiap saat, tiap minit, tiap jam dan seterusnya. Mak saya selalu berpesan begini, “Kita bukannya boleh menongkat langit.” – Maksudnya, mati itu pasti. Tak kiralah muda ke tua.

Antara lain, Allah selalu mendengar doa hambaNya. Saya selalu memohon kesabaran dalam mendidik anak. Allah berikan dengan menguji kesabaran saya. Setiap hari Alam tantrum. Setiap hari menangis berguling-guling. Sebenarnya, Dia bagi saya latihan untuk bersabar. Sabar perlukan latihan, betul?

Dan semua itu, menyebabkan saya rasa rendah diri serta daif bila berdepan denganNya.

Semoga saya dapat menjadi hambaNya yang solehah. Semoga keluarga saya, kawan-kawan saya, saudara-mara dan saudara seislam saya juga – menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Ya Rabbal A’lamin.

KepadaMu sahaja aku berserah. KepadaMu sahaja aku memohon perlindungan.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Membuka Mata dan Hati”

  1. terbaik!.

    terima kasih atas perkongsian ini.

    boleh masuk USTAZAH PILIHAN(KATEGORI HOT MUM) πŸ˜‰ hahahahahaha

    Like

  2. ayob : hahaha. tak boleh nak serius sikit la. ade je org buat lawak. haha. :-p

    anyway thank you bro atas sokongan. πŸ™‚ semoga dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan atas ko dan keluarga.

    Like

Comments are closed.