Untuk Kamu.

 

Alam,

Mama minta maaf bilamana mama kurang sabar, cepat marahkan Alam, bila Alam mengaruk, bila Alam merajuk, bila Alam menangis kuat-kuat, berguling-guling atas lantai, hantuk-hantuk kepala – sebab tak dapat apa yang Alam nak. Atau, mama tak faham apa yang Alam nak.

Mama minta maaf bila mama terpaksa ‘tangan’kan Alam – sebab segala pujukan mama tidak berkesan – Alam terus mengaruk – dan kesabaran Mama sudah minima. Niat mama untuk menyedarkan, untuk memberitahu – dunia memang begitu. Tak semua yang kita mahu, kita boleh dapat.

Mama tahu, apa pun Alam mahu, Alam minta pada Mama – pasti Alam dapat. Tapi tak semuanya boleh, sayang~ Mama bukan ada magik.

Maafkan Mama, sayang.

Percayalah. Mama terlalu sayangkan Alam. Sekiranya boleh, Mama berikan segala. Tapi ada kalanya, kemampuan mama terbatas jua.

“Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja.

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)”

Advertisements

2

Kesayangan kami ini, yang bercakap tanpa henti, yang selalu buat mama dan papa tersenyum, hari ini sudah 2 tahun.

 

 

Happy birthday my precious Alamkhir. Happy two-years old birthday. ๐Ÿ™‚

Doa mama, harapan mama, hanya yang terbaik sahaja untuk kamu.

Much love, lots and lots of love!

Bukan Entri Resepi

Bila mempunyai anak yang fussy eater macam Alamkhir ni, aku kena kreatif dalam menyediakan makanan untuk dia. Kadang dah penat-penat masak, tak mahu makan pula. Hadoi. Sedih ok. Penat tu tak kisah sangat. Sebab dah tanggungjawab. Tapi, yang sedih sangat-sangat bila dia reject. Macam cinta pertama ditolak. Ok. Over di situ. -_-“

Bulan lepas, aku cuba buat nugget ayam. Home-made! Bukan beli jenama Ayamas ke, Ramli ke. Punyalah bersemangat. Nasib baik resepi nugget ayam tu senang. Cuma terlebih ingredient, jadi sukar dibentuk. Tapi tabahkan diri jugalah bentukkan nugget tu jadi bentuk bintang. Sebab masa tu dia baru pandai sebut “bintang”. Jadi aku pun buatlah bentuk bintang – untuk tarik minat dia makan.

Dah siap goreng. Dia tengok bentuk bintang, dia sebut, “bintang, bintang.” Lepas tu nak nyanyi lagu, Twinkle-Twinkle Little Star.

Tapi dia tak mau makan pun. Geleng-geleng kepala. Suruh rasa pun tak mahu. Adoi. *hantuk kepala kat dinding*

Haih. Sedih!!!

Itu satu kes.

Minggu lepas, Alam batuk-batuk. Jadi aku tak mahu bagi makanan bergoreng sangat kat dia. Nanti batuk lagi teruk. Aku tanya dia, “Nak sup tak?” Alam bangun, peluk leher aku, cakap, “Nak sup, mama.” Mama pun terus bersemangat nak buatkan sup untuk anak dia.

Sekali sup campbell kegemaran dia dah habis pula. Tak kan nak pergi kedai semata-mata nak beli setin sup? Jauh pulak tu. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat aku untuk memasak demi anak! (Ewah, over nya ayat.) Terus aku google resepi sup ayam berkrim. Resepi sup ayam berkrim yang mudah aku jumpa di sini. Memang senang nak buat. Dari resepi tu, aku ambil separuh saja dari kuantiti sebenar bahan-bahannya. Kalau buat banyak-banyak, tak habis membazir je.

Ambil masa 15 minit juga nak buat sup ni. Ada barang tak cukup. Tapi nasib baik menjadi juga lah.

Nampak menyelerakan tak? Haha. Kalau nampak buruk pun tak apalah. Janji rasa rasa ok – pada tekak aku lah. Cukup la rasa ayam, sup dan krimnya. Hehe.

Alam?

Rasa satu sudu, terus reject.

Haih. T______T

Sabar. Sabar.

Tak nak sudahlah, Alam. Tak nak paksa-paksa. Mama jugalah yang kena habiskan.

T__T

Bila Tekak Mahu Thai Seafood

Masa bercuti di Langkawi minggu lepas, kami berpeluang makan-makan di Wan Thai Restaurant, di mana rata-rata pengunjung Langkawi berikan rating yang baik terhadap restoran tersebut.

Memang betul sedap. Terutama kerabu mangganya. Ya ampun. Sampai sekarang terasa-rasa sedapnya. Harganya pun boleh tahan murah. Tapi cerita tentang Langkawi adalah di lain entri. (Sebenarnya sedang tunggu gambar dari kawan. Nak harapkan gambar dari camera aku – ekhem – alahai kualitinya. Gambar pun tak banyak, sebab mendukung anak saja. Haha.)

Sebab itu agaknya, masuk saja kerja Isnin lepas, tekak teringin sangat nak makan thai seafood. Terus google restoran Thai Seafood mana yang sedap di JB ni. Terjumpa review Tera Thai Seafood di sini. Dekat pula dengan tempat kerja. Apa lagi – paksa kawan-kawan office pergi sekali. Diorang pun pasrah sajalah dengan kehendak perempuan ni.

Exclusive juga Tera Thai Seafood ni. Restoran ni dahulunya sebuah banglo lama, di ubah suai menjadi restoran. Kalau nak layan gambar, sila lawat link yang aku bagi di atas – untuk review yang lebih umph. Cerita aku ni lebih pada nak memenuhkan selera tekak aku je. Kehkeh.

Sampai di Tera Thai, kami di sambut mesra oleh pelayan dan ditunjukkan meja untuk 5 orang. Terus dihidangkan air masak sebelum mengambil pesanan. Oleh sebab masa makan tengahari adalah suntuk, jadi kami semua sepakat memilih mengambil hidangan set C – RM19.90, yang menghidangkan Nasi Goreng Daging, Sup Tom Yam, Salad Mangga dan Teh Lemon Ais.

Teruja juga sebab ada kerabu mangga. Lepas tu kerabu mangga pula tu sampai dulu. Ratah sebelum makan nasi. Sedap! Tapi kat Wan Thai lagi sedap lah. Haha.

Hidangan set C yang kami pilih adalah seperti gambar di bawah. Atas kiri, kerabu mangga dan Sup Tom Yam. Bawah kiri, air teh lemon ais dan Nasi Goreng Daging. Sedap dan memenuhi citarasa Thai anda! Ewah. Macam iklan. :-p

Tak adalah aku dapat nak makan masakan Thai Seafood yang lain seperti Tom Yam Kung, Ikan Siakap Stim ke. Sebab tak sempat. Tapi di lain hari boleh pergi lagi dan makan-makan dengan hebatnya pula. ๐Ÿ˜‰

Kiranya hari tu pergi sebagai sneak peek dulu la. Hihi.

Kalau datang JB, dan nak pergi makan di Tera Thai Restaurant, ini detailnya:

Nama Gerai : Tera-Thai (Facebook Pages)
Lokasi : No. 31 Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor.
Telefon : 07-222 6300

Boleh juga buat penempahan untuk acara makan-makan seperti gathering, jamuan keluarga dan lain-lain lagi. ๐Ÿ™‚

Rating: 4/5 star. Cewah. Dah macam blog-review-makanan pula entri ni. Hahaha.