Bila Tekak Mahu Thai Seafood

Masa bercuti di Langkawi minggu lepas, kami berpeluang makan-makan di Wan Thai Restaurant, di mana rata-rata pengunjung Langkawi berikan rating yang baik terhadap restoran tersebut.

Memang betul sedap. Terutama kerabu mangganya. Ya ampun. Sampai sekarang terasa-rasa sedapnya. Harganya pun boleh tahan murah. Tapi cerita tentang Langkawi adalah di lain entri. (Sebenarnya sedang tunggu gambar dari kawan. Nak harapkan gambar dari camera aku – ekhem – alahai kualitinya. Gambar pun tak banyak, sebab mendukung anak saja. Haha.)

Sebab itu agaknya, masuk saja kerja Isnin lepas, tekak teringin sangat nak makan thai seafood. Terus google restoran Thai Seafood mana yang sedap di JB ni. Terjumpa review Tera Thai Seafood di sini. Dekat pula dengan tempat kerja. Apa lagi – paksa kawan-kawan office pergi sekali. Diorang pun pasrah sajalah dengan kehendak perempuan ni.

Exclusive juga Tera Thai Seafood ni. Restoran ni dahulunya sebuah banglo lama, di ubah suai menjadi restoran. Kalau nak layan gambar, sila lawat link yang aku bagi di atas – untuk review yang lebih umph. Cerita aku ni lebih pada nak memenuhkan selera tekak aku je. Kehkeh.

Sampai di Tera Thai, kami di sambut mesra oleh pelayan dan ditunjukkan meja untuk 5 orang. Terus dihidangkan air masak sebelum mengambil pesanan. Oleh sebab masa makan tengahari adalah suntuk, jadi kami semua sepakat memilih mengambil hidangan set C – RM19.90, yang menghidangkan Nasi Goreng Daging, Sup Tom Yam, Salad Mangga dan Teh Lemon Ais.

Teruja juga sebab ada kerabu mangga. Lepas tu kerabu mangga pula tu sampai dulu. Ratah sebelum makan nasi. Sedap! Tapi kat Wan Thai lagi sedap lah. Haha.

Hidangan set C yang kami pilih adalah seperti gambar di bawah. Atas kiri, kerabu mangga dan Sup Tom Yam. Bawah kiri, air teh lemon ais dan Nasi Goreng Daging. Sedap dan memenuhi citarasa Thai anda! Ewah. Macam iklan. :-p

Tak adalah aku dapat nak makan masakan Thai Seafood yang lain seperti Tom Yam Kung, Ikan Siakap Stim ke. Sebab tak sempat. Tapi di lain hari boleh pergi lagi dan makan-makan dengan hebatnya pula. πŸ˜‰

Kiranya hari tu pergi sebagai sneak peek dulu la. Hihi.

Kalau datang JB, dan nak pergi makan di Tera Thai Restaurant, ini detailnya:

Nama Gerai : Tera-Thai (Facebook Pages)
Lokasi : No. 31 Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru, Johor.
Telefon : 07-222 6300

Boleh juga buat penempahan untuk acara makan-makan seperti gathering, jamuan keluarga dan lain-lain lagi. πŸ™‚

Rating: 4/5 star. Cewah. Dah macam blog-review-makanan pula entri ni. Hahaha.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Bila Tekak Mahu Thai Seafood”

Comments are closed.