Untuk Kamu.

 

Alam,

Mama minta maaf bilamana mama kurang sabar, cepat marahkan Alam, bila Alam mengaruk, bila Alam merajuk, bila Alam menangis kuat-kuat, berguling-guling atas lantai, hantuk-hantuk kepala – sebab tak dapat apa yang Alam nak. Atau, mama tak faham apa yang Alam nak.

Mama minta maaf bila mama terpaksa ‘tangan’kan Alam – sebab segala pujukan mama tidak berkesan – Alam terus mengaruk – dan kesabaran Mama sudah minima. Niat mama untuk menyedarkan, untuk memberitahu – dunia memang begitu. Tak semua yang kita mahu, kita boleh dapat.

Mama tahu, apa pun Alam mahu, Alam minta pada Mama – pasti Alam dapat. Tapi tak semuanya boleh, sayang~ Mama bukan ada magik.

Maafkan Mama, sayang.

Percayalah. Mama terlalu sayangkan Alam. Sekiranya boleh, Mama berikan segala. Tapi ada kalanya, kemampuan mama terbatas jua.

“Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja.

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)”

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.