Tak Boleh Tutup Mata, Mulut Orang

Saya terpanggil untuk menulis, apabila Angah letak gambar di atas di dinding mukabukunya.

Sebagai ibu yang menyusukan anak, saya juga tidak lari dari “dipandang serong” oleh masyarakat apabila menyusukan anak di shopping complex atau di tempat awam. Namakan saja di mana, kecuali di tandas, elevator dan ekskelator, saya pernah menyusukan anak saya. Niat saya cuma satu, nak bagi anak makan. Ada sesiapa ibu-bapa yang sampai hati tak bagi anak dia makan ke? Tak kan? Semua ibu bapa nak bagi anak makan kenyang-kenyang. Macam tu lah saya.

Tak perlu saya ulas khasiat susu ibu, what so ever. Saya kira kamu semua dah tahu.

Cuma, bila saya berada dalam situasi seperti di atas, bagaimana saya nak menghadapinya? Let alone, perempuan-perempuan yang terdedah lurah, ternampak seluar dalam tu – memandang serong kepada saya. Mereka, bagi saya, sesingkat baju yang menutup tubuh, sesingkat itulah akal mereka. Jadi, saya tak mahu argue dengan mereka. Buang masa. Pandai-pandaila diorang fikir dan malu sendiri.

Untuk mengelakkan pandangan serong, saya akan cari baby room untuk menyusukan anak. Saya rasa banyak shopping complex ada menyediakan baby room untuk menyusukan anak. Walaupun, ada antara staf shopping complex menjadikan nursing room tu tempat lepak. Haih. -_-“

Sekiranya terpaksa menyusu di khalayak ramai, saya pakai nursing cover. Tapi, bila budak dah pandai, dia akan rimas kena selubung dengan nursing cover tu. Dia sendiri akan menyelak nursing cover tu. Sabar aje la.

Dan sayaย akan pakai baju nursing.

Poin di sini, saya suka menyatakan baju dan inner nursing banyak membantu saya “cover up” bila menyusukan anak di khalayak ramai. Saya tahu, ada ย saja mata memandang, tak kurang menghina dan menghukum. Itu biasa sangat. Kita tak boleh tutup mata, mulut orang. Kita tutup diri kita sebaiknya. ๐Ÿ™‚

Kini, terlalu banyak pilihan baju menyusukan berbanding dulu. Ada biasa, ada yang fancy. Ada murah, ada mahal. Terpulang pada si pemakai. Secara personal, saya suka membeli baju nursing dariย FabulousMom.ย Banyak baju cantik-cantik. ๐Ÿ™‚

Sekiranya kita dah tutup sebaiknya, dan mereka masih mahu mengata, menghina dan menghukum. Biarkanlah. ๐Ÿ™‚

Janji anak saya kenyang!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Tak Boleh Tutup Mata, Mulut Orang”

  1. dont bother about what people think…

    tp skrg mmg more convenience than before, 5 years back masa zaman hani lg susah la tak byk sgt nursing room available but nowadays getting better and ramai mothers yang feeding baby in public pun

    actually most malls in malaysia are more baby friendly compare to other.. went to singapore twice and mmg susah betul nak cari babies’ room yang up to our standard..

    Like

  2. newrin : kan? sekarang ni dah ok dari dulu. but still tak mencapai tahap 100% baby-friendly la. harap tahun2 akan datang, lebih better dari skrg.

    Like

Comments are closed.