Derma EBM

*EBM -> Expressed Breast Milk atau susu ibu yang telah diperah/pam.

Maaf. Satu lagi entri tentang breastfeed, tentang anak, tentang diary mama. Haha. I’m now another typical mommy-blogger. But I’m ok with that. ๐Ÿ™‚

Berikutan insiden yang berlaku pada kawan saya, Puan Ahsuez, di mana sebanyak 105 oz EBM telah cair akibat pintu freezer tidak sengaja terbuka sedikit. 105 oz EBM besar ertinya pada fully-breastfeeding mom seperti kami. Entri selanjutnyaย di sini.

Dalam entri tersebut, juga dinyatakan panduan sekiranya perkara seperti ini terjadi. Boleh baca di blog-nya. But for my entry, as per title above, saya diminta oleh Puan Ahsuez mencari guideline bagaimana hendak menderma EBM pada Hospital Kerajaan, seperti di wad bersalin atau NICU. Iyalah, ambil peluang ini memandangkan saya bekerja di hospital kerajaan.

Pada satu hari yang tak sibuk, saya pun berjalan ke wad NICU, Hospital Sibuk Antarabangsa ini. Saya dapat berjumpa dengan Sister (ketua jururawat) di wad NICU tersebut. Untuk pengetahuan, di wad-wad hospital (hospital kerajaan terutamanya), Sister is moreย powerfulย then a doctor. Sebab dalam semua perkara di wad tersebut, tentang pesakit, tentang apa saja, even doktor pun rujuk pada sister.

Saya bertanya pada beliau, sekiranya ada prosedur, guideline, atau apa saja perkara yang perlu dilakukan – sekiranya seseorang mahu mendermakan EBM di wad NICU tersebut. Saya bercerita tentang kejadian yang menimpa Puan Ahsuez sebagai contoh kejadian sekiranya ada. Beliau menjawab, tiada – kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku. Sekiranya ada pun, mungkin tidak dapat dilakukan.

Beliau menjelaskan lagi. Ini kerana, kebanyakan bayi di wad NICU belum dapat menyusu dengan sempurna, seperti bayi yang tidak cukup bulan. Susu diberikan pun melalui tiup. Jadi, ia boleh menyebabkan pembaziran EBM juga, sekiranya didermakan. Tambahan pula, EBM handling, pengangkutan EBM dari rumah ke hospital juga akan dipersoalkan.

Beliau meminta saya ke Wad Nurseri di tingkat 3. Di wad tingkat 3, saya berpeluang berjumpa dengan sister. Di wad ini adalah wad special care untuk bayi-bayi yang kena jaundice – oh, teringat masa Alam kena jaundice dulu. Huhu.

Sister beritahu, tiada prosedur untuk menderma susu ibu di situ, kerana tidak pernah terjadi. Sekiranya ada, mungkin ada karenah biokrasi yang melecehkan. Tambahan pula, penerimaan ibu-bapa bayi sendiri bagaimana, sensitiviti tentang agama juga mungkin jadi faktor-faktor menyusahkan penerimaan EBM tersebut.

Sister juga memberitahu, sekiranya kejadian tersebut berlaku, lebih baik susu tersebut diberikan kepada ibu yang dikenali.

Sister meminta saya merujuk kepada jururawat yang bertugas di bilik susu ibu. Jururawat tersebut merupakan kaunselor laktasi di hospital ini. Mungkin nurse tersebut mempunyai contact ibu-ibu yang memerlukan susu.

Lalu saya pun ke bilik susu ibu yang terletak di bangunan induk. Saya berjumpa dengan Staff Nurse Normah, kaunselor laktasi di HSA. Lalu saya menceritakan tentang insiden yang berlaku, dan bertanya sama ada hospital ini menerima dermaan EBM. Jawabnya, tiada. Dan kami pun terus membincangkan sekiranya perkara tersebut terjadi.

SN Normah beritahu, sekiranya terjadi perkara tersebut, ibu yang mengalami insiden tersebut boleh mengambil langkah-langkah ini:

1. Simpan susu yang sudah cair tersebut di bahagian dingin-sejuk. Beliau beritahu yang susu tersebut boleh digunakan sehingga 7 hari. (Sebabkan beliau merupakan kaunselor laktasi, jadi saya ambil poin ini sebagai poin penting.) Sekiranya ragu-ragu tentang tempoh penggunaan susu yang telah dicairkan, boleh rujuk kaunselor laktasi yang berdekatan. Macam di KL, ramai kaunselor laktasi. Saya suka rujuk Puan Rita Rahayu dari SusuIbu.Com.

2. EBM boleh diberikan pada saudara yang dekat yang masih menyusukan bayi, atau kawan-kawan, juga yang masih menyusukan yang berdekatan dengan kita. Beliau juga beritahu yang Majlis Agama masih membincangkan berapa kali kenyangkah bayi yang menjadikan bayi tersebut anak susuan kepada kita. Ada kata 5 kali, ada kata 3 kali. Ada kata direct feeding, ada kata melalui botol pun boleh. Entah. Pening kan? Jadi, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, lebih baik ambil jalan selamat – iaitu berikan susu pada yang dikenali atau saudara mara.

3. Di Facebook ada group Human Milk For Human Babies (HM4HB), di mana group tersebut mengumpulkan senarai nama ibu-ibu yang memerlukan susu bayi berserta lokasi. Cari ibu yang memerlukan susu yang berdekatan dengan anda juga boleh menyelamatkan EBM dari terbazir begitu saja. Terpulang pada anda dan ibu tersebut untuk menerima susu anda – sama ada sehingga jadi ibu susuan atau sekadar tambah-tambah stok susu. ๐Ÿ™‚ Di HM4HB juga mengumpulkan senarai ibu-ibu yang ingin mendermakan EBM yang banyak, sehingga dikhuatiri akan melebihi tempoh penyimpanan.

Apa yang saya dapati hasil dari perbincangan dengan sister dan sn Normah, sekiranya anda terpaksa juga dermakan EBM ke hospital, anda perlu pergi ke wad penempatan ibu-ibu selepas bersalin, berjumpa dengan sister untuk mendapat maklumat mana-mana ibu yang baru bersalin, dan masih belum ada susu, mahu fully-breastfeed dan DESPERATELY mahukan susu ibu. Derma EBM di hospital kerajaan ini, lebih kepada kena berjumpa dengan ibu yang melahirkan – dan mendapatkan persetujuan dua-dua belah pihak sendiri. One-to-one process. Dan pastinya bukan mudah. Jadi, saya rasa 3 langkah di atas lebih mudah untuk anda.

Dengan ini, diharapkan apa yang saya tuliskan dapat dijadikan rujukan berguna untuk anda semua. Dan suka diingatkan bahawa lain hospital, lain prosedurnya. Mungkin hospital swasta ada menerima derma EBM. Anda boleh rujuk hospital yang berdekatan sekiranya insiden seperti ini terjadi.

Sekiranya ada penambahan maklumat, saya akan maklumkan. ๐Ÿ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

3 thoughts on “Derma EBM”

Comments are closed.