amyz story

Rancu

Wah. Dah Ogos dah. Lamanya tak update blog. Bulan lepas 3 entri je. Alahai. Terabai pula blog. Dah lawa-lawa, tak rajin update pula. T__T

Mula-mula, selamat berpuasa kepada semua. Dah separuh Ramadhan dah pun. Alhamdulillah. 🙂 Semoga kita semua mendapat mencari keredhaanNya sepanjang Ramadhan ini.

Tentang Kerja

Kerja macam biasa. Hari-hari mengadap koding dan sistem serta perangai pengguna. Haha. Kadang, kita fikir kita nak tolong mereka. Tetapi kadang, kita rasa mereka tak mahu belajar pun untuk meningkatkan diri sendiri. Apa salahnya, kalau perkara itu kecil, belajarlah sedikit kan? Tak kan la cable network longgar pun tak boleh nak tengok sendiri. Nak juga orang IT datang tengok. Tak kira. Orang IT ni tak ada kerja lain. Tengok juga. Tak kira. Pengsan la kitorang macam tu.

Aku ni, ada masanya  tak boleh nak tolerate dengan jawapan “Tak tau la puan”, “Tak pandai la.”, “Tak reti IT la.” Habis sampai bila la tak reti. Cuba belajar sikit. Nak suruh check kan cable network plugged ke tak pun, dia cakap tak tahu. Sedih macam ni. Nak tolong ikhlas, terus jadi tak ikhlas. T__T

Itulah antara yang aku hadapi di office setiap hari.

Masuk part sistem, haduii. Macam mana lah temper aku tak naik?

Best way to describe me

 

Haha. Sorry to say, sometime I just can’t tolerate with stupidity.

Kadang aku malas nak fikir sangat, membebel sangat tentang apa saja yang berkaitan dengan kerja. Sebab semakkan fikiran je. Kalau ada masalah, nak-tak-nak selesaikan saja lah. Lepas tu, happy macam biasa. Pergi window shopping kat City Square ke, Angsana ke. Ewah, ewah.

Shopping

Cakap pasal shopping ni, ekhem, aku tak adalah shopping sakan sangat pun. Bila aku tengok balik baju-baju Alam, banyak dah kecil dan sempit. Banyak kena upgrade baju-baju Alam ni. Kesian budak kepoh tu. Baju sempit-sempit je. Sementara sekarang ni ada banyak jualan murah, ambil kesempatan beli baju-baju Alam baru dan upgrade size. Yang buat aku tension tu, baju size 2-3 tahun di Jusco besar gabak. Baju size 1-2 tahun pulak, ngam-ngam je. Kalau beli 1-2 tahun, tak pakai lama, dah kena upgrade lagi. Kalau pakai 2-3 tahun pulak, macam pakai baju pinjam. Tension mak nak membeli hari tu. Tapi beli juga la sehelai dua. -_-“

Shopping untuk raya belum lagi. Sebetulnya, aku tak ada mood sangat nak shopping raya. Warna tema raya pun tak ada lagi. Apa punya teruk mood ni pun aku tak tahu. Tengoklah sehari-dua nak raya nanti kalau ada rasa nak buat kerja gila shopping baju raya. Hehe. Suami pun cakap malas nak beli. Kalau membeli pun, baju Alam aje kot. Tak pun pakaikan aja jubah Morocco yang Mak dan Abah beli masa pergi umrah hari tu. Ok la tu kan? Pakai pun masa hari raya pertama. Mama Papa ni pakai saja baju lama. Uhuhu. T_T

Nanti nak tukar duit raya saja kot.

Dan beli kasut. Kasut lama dah teruk betul ni. Haha.

Advertisements

4 thoughts on “Rancu”

  1. oh ya sila pergi youtube.

    cari mini siri the IT Crowd. Musim 1. Episod 1. Yesterday’s Jam. mmg kena dgn dunia kita. 😛

    Like

  2. dalam dok tak dak mood tangkap jugak baju alam 2 3 helai. pastu nak beli kasut lagi..hahahaha. selamat hari raya beb.. *hugs*

    Like

  3. effa : hahaha. biasalah aku ni selalu ada konflik dengan diri sendiri. hahaha. selamat hari raya jugak beb. rindu ko banyak2. *peluk ketat-ketat*

    Like

Comments are closed.