amyz story

Melawat Pesakit di Hospital

Kebanyakan hospital kerajaan ni, tidak membenarkan pelawat membawa kanak-kanak bawah 12 tahun masuk melawat. Arahan ini dikuatkuasakan sejak menularnya virus H1N1, tak silap aku. Jadi, bila kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan naik melawat, terpaksalah salah seorang ibu/bapa/penjaga jaga budak-budak tu kejab, sementara pasangan pergi melawat. Terpaksa melawat secara bergilir. Kalau hospital tu fully-aircond macam Hospital Ampang, best la juga budak-budak tu nak tunggu di bawah atau main di playground yang di sediakan. Tapi macam hospital-hospital lama macam HKL, HSA ni, berpanas, bersesak di lobi hospital. Dan ianya bukanlah satu pemandangan yang indah.

Mungkin salah satu sebab, tak mahu la kanak-kanak bawah 12 tahun ni terdedah pada risiko jangkitan penyakit berbahaya. Ye la. Datang melawat orang sakit di Hospital. Mungkin tak jangkit penyakit orang tu, tapi berjangkit dengan penyakit orang lain. Hospital bukan tempat yang 100% bersih dari penyakit. Sebab semua penyakit berkumpul di sini, menunggu masa untuk disembuhkan. Lagipun kanak-kanak bawah 12 tahun ni, risiko jangkitan penyakit tinggi berbanding orang dewasa. Itu sebagai langkah pencegahan la kiranya. Bukankah orang selalu kata, “Prevention is better than cure?”

Di Hospital Sesak/Sibuk Antarabangsa ini memang sentiasa sesak/sibuk dengan pesakit. Pelawat apatah lagi. Nak tengok orang sakitnya seorang je, tapi pelawat datang satu kampung kan. Mana tak sesak spital ni? Kadang ada saja pelawat datang bukan pada waktu melawat. Tak tahu la diorang tak tahu, atau simply ignorance. Waktu melawat tu, memang sesak la hospital ni. Dengan susah parkingnya lagi. Kalau 12:30 tghari tu, kat lobi wad macam ada larian marathon je. Tunggu pintu di buka, dan orang pun menyerbu. Pengsan.

Walaupun arahan seperti papan tanda di atas jelas menyatakan, kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk, masih juga ibu bapa/pelawat ini membawa anak-anak mereka datang ke hospital.

Aku sebenarnya, kesian sangat dengan budak-budak yang kena tinggal tu. Ada satu kali, pelawat bawa anak dia umur 2 tahun lebih macam tu. Dia tinggal anak dia kat nenek budak tu. Dah budak tu melalak-lalak nak mak dia. Nenek yang uzur tu tak berdaya nak pujuk dah. Dia biarkan saja budak tu berguling-guling di lantai. Aku tengok rasa sedih dan kesian. Haih. Aku nak cakap apa ye tak? Manalah tahu diorang terpaksa bawa anak-anak diorang ke hospital tu sebab tak ada siapa nak jaga anak diorang kan? Aku bersangka baik sajalah.

Atas cadangan ramai orang, pihak pengurusan hospital ni buat inesiatif. Menyediakan tempat permainan untuk kanak-kanak sementara menunggu ibu/bapa/penjaga mereka melawat, mereka boleh bermain dengan gembira. Tak adalah boring nak mati tunggu mak/bapak habis melawat ye tak? Kau ingat tak boring menunggu kat spital? Kalau ada iPhone, boleh gak main Angry Bird.

Baru la budak-budak tu tak bosan menunggu. Ada juga tempat bermain. Walau tak besar mana, sekurang-kurangnya ada. 🙂 Boleh diperbaiki lagi. Ewah. Memandai je.

Tapi, sebaik-baiknya, bagi aku la kan, tolonglah jangan bawa kanak-kanak bawah 12 tahun ni ke hospital untuk melawat saudara-mara/kawan-kawan yang sakit. Kasihan kat anak tu. Satu lagi, boleh elakkan dari terkena penyakit berjangkit.

Kalau hospital swasta tu tak apa. 🙂

Advertisements

6 thoughts on “Melawat Pesakit di Hospital”

  1. Ahsuez : saya suka inisiatif mcm ni. memudahkan org ramai. tak ada la org asyik merungut je bila dtg govt hospital.

    hehe. thank you.. 😉

    Like

  2. wahh bagus laaa, ye la kadang ada parents yg nk melawat tp xder org nk jaga anak… tp kalau blh mmg try la avoid bawak anak2 g public hospital

    actually private pun kena avoid jugak germs are flying everywhere

    masa arwah MIL aku nazak, masa tu tgh zaman viral apa ntah (couldnt remember) my mum merayu dgn guard nk bawak hani masa tu shes 2++, nasib guard tu baik..tp alhamdulillah itu la last arwah dpt jumpa her only cucu… n we glad we did it…

    nway babe raya balik cheras?

    Like

  3. Newrin : kalau boleh tak payah bawak anak-anak dtg hospital. Kalau dah takde sapa jaga, baru la bawa. Aku lebih kesian kat budak2 ni. 😦

    Sebelum H1N1 mmg boleh bawak budak naik. Skrg ni tak dpt. I must say, Alhamdulillah Hani manage to jumpa her nenek. Sedih juga ye, kalau tak dpt jumpa. 😦

    Raya kat JB ni. Nanti balik KL seminggu lepas2 raya sebab adik kahwin. Haha. 🙂

    Like

Comments are closed.