amyz story

Dah Nak Raya

Tanpa sedar, tiba-tiba di fb dah ramai orang tag nama di e-kad hari raya dan ucap selamat hari raya. Tak berapa hari lagi nak raya. Kalau raya hari Ahad ni, tolak hari ini, tinggal 2 hari lagi berpuasa. Ramadhan berlalu terlalu cepat.

Jumaat ni, kat IT dept ni saja, tinggal 3 orang. Dah ramai bercuti. Ada juga yang dah start cuti hari ni. Haih. Jadi operator jawab telefon la aku esok. Haha.

Lepak la bulan puasa ni. Banyak kerja. Balik kerja mengharung jammed lagi. Jemput Alam kat nurseri. Lepas tu kena bawa dia pusing-pusing taman la. Nak pergi padang la. Nak pergi kedai la. Nak mainan la. Hadoi. Sampai rumah, nak mengempeng dulu. Baru boleh nak main sendiri. Itupun tak tentu. Kalau aku hilang sekejab, hatta ke bilik air pun, dia dah menangis ketuk-ketuk pintu bilik air. Kadang nak solat pun tak senang dibuatnya. Hadoiiii.. -_-“

Kalau tak penat kerja, penat shopping pula. Hihi. Sengal~

Persiapan raya tu, tak adalah beriya-iya sampai beli baju designer Jovian ke, Rizalman ke. Biasa-biasa saja. Janji ada baju baru. Duit raya, checked. Kuih raya, checked. Ok. Dah. Tinggal nak masak untuk hari raya je, iaitu pada hari Sabtu nanti. Biasanya akan buat ketupat, masak lodeh dan kuah kacang. Kalau rajin, aku masak rendang. Ewah~ 😉

Baju Alam ye banyak aku beli. Sebab nak tukar size dari 1 tahun ke 2 tahun. Dia masih boleh pakai baju size 1 tahun. Tapi macam muat-muat la gitu. Ada juga baju saiz 18 bulan, mamat tu lek-lek je pakai. Selagi dia tak pandai demand nak pakai baju apa ni, pakaikan aje la baju apa pun. Dia relax je. Oh. Kecuali baju lengan panjang. Kemain marah kalau pakaikan dia baju lengan panjang. Haha. Lain baju takpe. Bagusnya Alam ni, tak suka berlenggeng (tak berbaju). Dia mesti nak pakai baju. Memang baju dia banyak sleeveless. Biar dia selesa. Kalau dah besar, jangan mengada pakai sleeveless. Kalau ada muscle, lain cerita. Haha.

Tahun ni, raya di JB. So, aku tak ambil cuti lama. Rabu depan habis cuti hari raya, aku sambung “beraya” di office pula. Harap-harap ada kedai makan buka next week. Kalau tak nanti, terpaskalah makan fastfood. Tidak baik untuk kesihatan. Cewah cewah.

Sebabkan adik lelaki aku kahwin 31 Ogos nanti, ha, masa tu la balik KL. Duduk sana seminggu sampai kenduri settle. Jika ada kesempatan, nak jumpa kawan-kawan. Insya Allah. 🙂

Ok. Selamat hari raya semua. Minta maaf atas apa jua kesalahan. Semoga selamat di jalan raya dan selamat beraya. 🙂

Advertisements