Kereta Yang Beraya..

Hmmph. Tahun ini, kereta aku yang beraya sakan. 1.3k dia rembat. T__T *nanges*

Nak merungut pun tak boleh juga. Benda dah nak jadi. Kalau tak hari ni, esok-esok mesti jadi. Haih. Pening gak kepala memikir. Keluar duit lagi. Hari tu dah servis. Sekali tukar timing belt segala, dah 500. Ni lain kes pula. Hadoi!

Macam ni ceritanya. Ewah. Hari Rabu kelmarin, masa perjalanan pergi kerja. Tak jauh pun dari rumah. Dalam sepuluh minit, tiba-tiba bunyi kuat macam besi berlaga-laga datang dari enjin kereta. Cuak bukan main lagi dibuatnya. Takut pula nak teruskan perjalanan. Patah balik.

Sampai rumah tidur dulu. Ye la. Bengkel belum buka lagi masa tu. :-p

Dalam pukul 10 lebih, hantar kereta ke bengkel berhampiran dengan suami. Bila mekanik periksa, siap test-drive sebab nak tau bunyi dari mana. Mekanik pun beritahu, mungkin clutch problem dah loose or something – entah lah part kereta memang aku failed.

Mekanik tu bagitau, kalau clutch ni problem. Memang kena bawa turun enjin. Bila bawa turun enjin – fehhh – nak dekat seribu juga lah bilnya. *nanges lagi* Ok la. Ok la. Apa nak buat ye tak? Dari breakdown tengah jalan nanti. Huhu.

So, lepak la kereta tu kat bengkel dua hari. Khamis petang baru siap, mekanik bagitau.

Petang sikit, mekanik call bagitau. Bukan masalah clutch ni. Memang gear box totally out of service. Aku tanya berapa kena. 1.3k. Huhu. Sabar. Sabar. Mekanik suruh datang tengok lagi. Aku bukan reti kalau tengok pun. Sama je bentuknya. Tapi kat dalam memang dah out habis dah. Pasrah sajalah~ 😦

Semalam bawa kereta suami pergi kerja. Sekali-sekala bawa auto ni, rasa nak pecut je. Ewah.Β Tapi, bila jemput Alam dari nursery. Dia marah sebab kereta mama dia tak ada. Marah bukan main lagi. “Nak kereta mama. Nak kereta mama.” Sabar saja. Bukan dia faham pun bila kita cakap kereta rosak, tengah repair kat bengkel. Hadoi. -_-“

Lepas jemput Alam, pergi ambil kereta. Bila dah naik kereta, duduk di car seat dia. Baru dia ok. Senyum, senyum. Sabar aje la.

Kira ok juga la. Tak ada lah kereta aku beraya kat bengkel. Cuma, kereta aku la beraya sakan. Lepas raya ni, kena jimat-jimat la belanja. Huhu.

Haih. Lagi sejam pukul 5 ni. Haha. Ok. Sekali lagi, Selamat Hari Raya semua.. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Kereta Yang Beraya..”

  1. babe,

    dugaan raya kannn…we had tht experience two years back and terus decided that we need to get a new car sbb its a bout time and standard la kereta esp kalau selalu guna jln jauh lg laaa byk hal

    wuhuu

    Like

  2. Newrin : maybe about time juga nak tukar kereta. tapi sebab baru keluar duit utk rumah. maybe kena postpone dulu part kereta ni. lucky kereta ni utk pergi/balik kerja saja. harap2 boleh bertahan lagi 2 tahun at least. hehe.

    Like

Comments are closed.