emosi, tulis

Begini Pula Jadinya

Mula-mula, baca entri ini dahulu.

Kemudian, lihat gambar di bawah:

.

Sekarang apa dah jadi? Tak sampai dua bulan rasanya. Haih. Nak cakap macam mana? Vandalism sudah bertapak di jiwa kanak-kanak lagi? Adakah ini bermakna rakyat Malaysia ni memang tak tahu menghargai barang/kemudahan percuma?

Indoor playground ni untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan tiada bayaran dikenakan. Tiada orang yang mengawalselia kecuali pengawal keselamatan yang berada di kaunter keselamatan – yang sekali-sekali memantau keadaan di situ.

Tak tahu la nak salahkan siapa.

*sigh*

Nota lain: Ada sekali aku lihat di playground tersebut pada waktu bukan melawat, ada penjaga yang meneman anaknya bermain di situ. Yang kurang menyenangkan mata aku, bila melihat penjaga itu, lelaki, duduk di bangku yang khusus untuk budak-budak. Di lain ketika pula, aku lihat mak bapak nenek semua duduk dalam tu sementara tunggu waktu melawat, sambil makan-mana. Ya Tuhan. There is clear instruction there, tempat itu untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Entah apa nak aku cakap, aku pun tak tahu.

Yang aku tahu. Aku kesal. Cukup kesal.

*sigh*

Advertisements

2 thoughts on “Begini Pula Jadinya”

  1. sedihkannn dgn mentality most malaysian… my observation tak ramai lg malaysian yg achieved mentality yg high level, masih ramai lg yg mcm “beruk”

    tak blh nak salahkan anak2… sebab kalau dah parents perangai mcm beruk, u knw “monkey see monkey do”

    aku pun frust, masa u post about it, i start terdetik, wah bagus govt hospital dah start initiate smthing yg private hospital dah lama buat, unfortunately …sighh

    gila ganas smpai jd mcm ni, yg merisaukan, is this the value that we trying to teach to our children? apa budak2 ni nak jadi bila besar? kalau kecik2 dh buat mcm ni..

    sapa salah? i blame parents

    Like

  2. Newrin : kan? kenapa kat private, boleh terjaga bersih je semua tempat – cafe, playground – kenapa kat govt susah sgt. mentality org2 kita ni pun teruk. bila free je, semua cepat jahanam. bila bayar, tau jaga baik2. kalau macam ni, sampai bebila pun, anak-anak masa depan nanti pun, akan buat perkara sama juga. 😦

    Like

Comments are closed.