amyz story, family

Cuti Panjang Lagi

Kali terakhir cuti panjang di KL adalah masa adik aku kahwin akhir tahun lepas. Kali ni cuti panjang lagi. Peh. Masuk kerja semalam pun rasa lemau-lemau. Hadoi.

Ini pun sebab adik lelaki aku yang second last pula kahwin. Tinggal adik bongsu aku sajalah yang belum kahwin. Dia lambat lagi kot. Baru nak sambung degree. Habis-habis belajar dulu. :-p

Merdeka Day bertolak dari JB ke Gemas, N9. Majlis nikah di rumah perempuan hari Jumaat dan Majlis Resepsi pada hari Sabtu.

.

.

Ni adalah gambar Alam dan cousin dia yang tercengang tengok kompang. Hihi. Gambar atas kiri, Alam dengan Ahna, 3yo. Gambar kedua tu, tengah kagum betul tu dengan bunyi kompang. Haha. Gambar bawah kiri, Alam dengan Haziq, sebaya. Gambar sebelah tu, adalah cousin dia yang lain. Baju hijau dua orang tu anak Kak Long termasuk Haziq. Yang pakai baju merah biru hijau tu anak jiran dan yang pakai tudung tu, kakak Ahna, Yana. 🙂

.

.

Lepas kenduri, terus balik KL. Ahad lepak rumah. Suami balik JB petang tu juga. Sebab apa ek tak balik malam. Ohh. Sebab ada bola. Ces.

Antara aktiviti masa cuti. Oh ye. Hari selasa aku gunting rambut Alam. Lihat gambar atas, rambut belum potong dan gambar bawah, rambut dah kena potong. Nasib baik tak menangis masa gunting rambut. Dah la tak reti duduk diam. Nasib la compang-camping. :-p Harhar.

.

.

Selasa malam, berhoya-hoya di rumah Daun. Boleh pulak tak ambik gambar kan? Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada Nett, Awin, Sal, aku dan mestilah Daun. Tak dapat nak stay lama sebab Alam mengamuk. Suka tak? -_-” Tetapi terima kasih kepada Awin sebab ambil dan hantar. Terima kasih pada Daun sebab masak sedap-sedap. 😉

Hari Rabu, pergi Paradigm Mall berhoya-hoya dengan Cik Aiyu dan Mommy nya di JKids. Sungguh seronok Alam dapat main bola dan belon. Seronok juga dapat jumpa mommy cik aiyu tu. 😉

Tetiba dapat sms dari adik ipar yang Kak Teh dah kena tahan ward. Member tengah sarat tu pagi tu pergi check up biasa. Sekali dah bukak 3cm. Terus kena tahan wad. Lor. Nak melawat pun tak boleh sebab Kak Teh dah masuk dewan bersalin. So, pada hari Khamis, tepat 2:30am, lahirlah bayi perempuan seberat 2.8kg – bernama Hannah Sofia. 🙂 Bertambah lagi seorang anak buah. Hihi.

.

.

Aku rasa baby Hannah sangat kecil. Takut aku nak pegang. Masa Alam dulu, boleh tahan juga berat dia. Hehe. Seronok la mak. Terima menantu, kendian dapat cucu lagi. Ewah.

Jumaat malam Sabtu, suami pun sampai dari JB. Itu pun pukul 3 pagi. Kasihan betul lah.

Sabtu adalah hari sibuk. Orang datang rewang, sebab majlis resepsi Zaim & Amrah pada hari Ahad. Aku pun sibuk juga. Sibuk jaga anak. Kehkeh. Kadang, yang tak boleh nak tahan tu, Alam suka melekat. Aku buat kerja je, dia cari, “Mama Alam. Mama Alam.” Haha. Macam dia seorang ada mama. Sabar aje la. Time dia tidur baru boleh buat kerja.

Ahad. Majlis resepsi. Tema orange. Zaim & Amrah pakai warna peach. Just sweet. Yang paling aku suka, instead of kompang, adik aku jemput qasidah SUCI. Suara diorang berqasidah sangat merdu. Seronok tengok anak-anak muda pandai berqasidah – bukan bergangnam. Hihi.

.

.

Gambar di atas aku ambil dari FB SUCI (Suara Cintakan Islam) Boleh cari di FB. Kalau korang ada majlis kahwin lepas ni, boleh la jemput diorang. Bagus la memeriahkan majlis dengan puji-pujian ke atas nabi junjungan dan Allah. 😉

Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan baik. Ok la. Walaupun personally, aku tak suka mak andam diorang. Kerek. Haha. Tu je yang tak puas hati. Lain-lain ok. Haha.

Balik JB hari Isnin, pukul 11 pagi. Sampai JB, 3 ptg. Penat cuti lama. Haha.

Advertisements

2 thoughts on “Cuti Panjang Lagi”

Comments are closed.