amyz story

Doktor Ke?

Kadang bila keluar ke mana-mana waktu lunch hour tu, mesti tanggal pass kerja cepat-cepat. Sebelum masuk teksi lagi. Waktu lunch, tak kisah sebenarnya nak pergi mana. Asalkan balik sebelum jam 2ptg. Kalau pakai tag pun, orang tak marah. Sebab time rehat. Bukannya pergi mengular.

Tapi, aku rasa macam segan nak pakai tag kerja ni. Sebab ada lambang bulan sabit tu. Dah banyak kali jugaklah, bila masuk teksi, pakcik teksi tanya, “Doktor ke?” Haiyoh. Kalau muka ada tokoh doktor ok la juga. Ni muka macam orang sakit macam mana? Jawab je la, “A ah. Doktor komputer.”

-_-“

Bukannya apa. Kalau orang dah ingat aku doktor, tetiba ada kes kecemasan terjadi. Orang pengsan ke, tercekik ke. Panik juga nak buat apa. Sebab kita tak selalu praktikkan apa perlu dibuat sekiranya kecemasan terjadi. Kalau CPR, boleh juga sikit-sikit. Sebab ada pergi kursus. Haha.

CPR ada dua method. Kalau method hembus nafas melalui mulut itu, (yang korang ingat benda tu jeee kalau CPR) hanya boleh dilakukan sekiranya method tekan dada-10-saat tak berjaya. Selamat tak payah nak hembus-hembus nafas ikut mulut. Haha.

Kalau dah balik kerja pun, terus tanggal tag kerja tu cepat-cepat. Karang, singgah kat kedai ke, stesen minyak ke, orang ingat doktor pulak. Tak ada tokoh langsung!

*Ehem, orang tak boleh panggil I nurse, sebab nurse pakai baju seragam hokeyyy.. Pffbbtt..!

** Walaubagaimanapun, tag kerja doktor, ada gelaran DR di hadapan nama. Tag nama kerja saya, tiada DR di hadapan nama. Sekian, dimaklumkan.

Advertisements