umum

Keeping Up

Tiada banyak perkara menarik berlaku dalam hidup sehari-hari. Maka dengan itu, saya malas sangat nak menulis blog. Sekadar, pergi kerja, kerja dengan bersungguh-sungguh, mengadap orang, mengadap pengguna dan masalah sistem atau komputer. Tepat pukul 5 petang, pulang ke rumah. Ambil anak di nurseri. Bawa dia pusing-pusing taman. Upah air sedap atau coklat. Balik rumah. Ah. Apalah menarik sangat tentang hidup saya untuk di ceritakan kepada dunia? 😉

Mungkin sebab saya banyak meluah perasaan (konon), membebel di twitter. Kering terus idea nak update blog bila dah banyak membebel di twitter. Hehe. 🙂

Anak saya ni, dah petah sangat bercakap. Jika berkata tak nak tu, tegas dia tak nak. Baru-baru ini, tak mahu ke nurseri. Meronta-ronta dalam kereta bila di bawa ke nurseri. Jadi, buat masa sekarang, memang tinggal di rumah nenek. Haih. Mungkin bosan di nurseri. Tak ada permainan, tak ada video BoboiBoy dia. Baru 2 tahun lebih dah tahu apa dia nak dan tak nak. Kalau nak, sampai menangis berguling-guling hendakkan sesuatu. Macam hari tu, nak kuih bangkit. Hadoi. Raya dah habis. Kuih raya pun dah tak banyak dijual. Garu kepala saya nak mencari kuih bangkit. Jika tak nak pun begitu juga. Janganlah diajak atau diberi apa yang dia tak mahu. Pun menangis berguling-guling juga. Sabar sajalah.

Saya pula, sejak mengandung ni, cepat letih, cepat mengantuk. Bila dah balik kerja, layan anak pun boleh tertidur-tidur. Pukul 9 malam dah tak larat betul nak buka mata. Kadang gagahkan juga sebab nak basuh baju, lipat baju. Kalau dilayan, alamat bersepahlah rumah.

14 minggu di trimester kedua ni, mabuk saya dah kurang. Cuma memang tak tahan bau-bau masakan/makanan. Mesti rasa nak muntah. Kalau tak tahan, mesti muntah. Selera makan pun tak tentu. Kadang boleh makan, kadang tak boleh. -_-” Apa nak buat? Dah hormon badan macam tu. Huhu.

Plain and typical. But I live my life to the fullest. Its just I don’t really want to jot down about it anymore.

Advertisements

2 thoughts on “Keeping Up”

  1. the older we are, the more routine our life be tapi we like it and we found it more meaningful kan and that shows we are getting wiser, insya Allah

    take care babe, hope u are in good health so dapat another cute baby mcm Alam 😉

    Like

  2. Newrin : Family, friends and work become priority. Hiburan sekadar sampingan. Perlu ada untuk keep on moving. 🙂

    Insya Allah. Amin. Thanks a lot, babe. 😉

    Like

Comments are closed.