Entri Lama

Dah siap upload entri lama-lama. Tapi sampai entri anniversary yang ke 4 je dapat di-back up T__T Dan masa ni tengah mabuk-mabuk mengandungkan Amelyz. Huhu.

Tak kira. Nak paksa juga Ajid bagi back up sebelum hilang domain dengan hosting! Harap adalah entri lahirkan Alim. T__T

Gambar pun ada yang dapat recover, ada yang tak. Tak apalah. Janji ada.

Tu la dulu dah ada blog tak rajin nak update kan. Bila hilang baru lah nak hargai. Ini lah perangai manusia kan. Kahkah.

Sekarang tengah main-main tukar theme. Bertabah je la kalau esok lusa tukar lain pulak. Buat masa sekarang, hati sedang berbunga-bunga dengan theme romantik ada love-love ni. Mengada betul.

Ok. Semoga esok ada kerajinan nak update blog. Kbai. πŸ˜‰

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.