amyz-tulis, tulis, umum

Tak Putih Tak Apa

Assalamualaikum wbt.

Baru sekejab tadi dengar iklan di radio – biasala dalam office ni – radio memang on. Dengar sajalah. Walaupun kejab-kejab lagi kang lagu yang sama keluar. T__T duh!

Amboi mukadimah.

Dengar iklan tadi. Terus beristifar banyak-banyak. Mudah-mudahan kita semua diampunkan dari dosa. Sebab, dalam 10 minit iklan (biasalah semua radio di Msia ni mana ada lagu sangat. Iklan je banyak. Duh!) – most of it, I say, most of it adalah iklan memutihkan kulit. Eh, eh putehnya engkauuuu, apakah rahsianya? Rasa nak mencarut jugak ni. Aduh. Tapi dari mencarut, baiklah beristifar banyak-banyak.

Adik-adik semua – jangan sekali-sekali letak dalam fikiran bahawa bila kulit putih menjadikan kita cantik, jelita disukai ramai. Bila kulit gelap tak nak terima hakikat. Sedangkan itu Allah dah beri pada kita. Dan kenapalah kita, sebagai ibu bapa, saudara mara, masyarat – sering tekankan sering beritahu sering menyindir – bila anak tak putih sebagai tidak lawa? Semoga Allah ampunkan semua dosa-dosa kita.

Kasihan anak-anak kita ni. Dari kecil lagi kita set kan fikiran dia tentang kulit dia. Bukan kita nak terima 10001 kelebihan dia yang lain. Bukan kita nak asuh/didik dia jadi orang yang lebih baik, khalifah Allah yang soleh dan solehah. Kulit putih jugakkkkkkk yang kita dok bising-bising. Astaghfirullah hal azim.

Alim, anak ketiga aku ni – memang dark-skin. Pernah lalu di telinga aku, Alim tak hensem. Sebab Alam dan Amelyz putih, dia gelap sikit. Hahaha. Masya Allah. Dalam hati, aku hanya gelak. Ingat aku ni putih sangat ke nak dapat anak yang putih melepak? Sedar diri. Hahaha. Lagi satu, dark skin ni macho kot? Tak apa lah. Kulit saja. Bukan isi dalaman yang kita, as parents bentuk, lukis anak kita yang masih kain putih ini untuk menjadi anak yang baik, anak yang soleh, anak yang menjadi sebut-sebutan malaikat, anak yang bakal menarik tangan kita yang banyak dosa ini untuk masuk syurga. Insya Allah. Doa. Doa yang baik-baik saja.

Tolong. Hentikan semua penipuan ini. Putih kulit bukan bermaksud cantik jelita. Yang penting hati. Yang penting budi. Yang penting berakhlak tinggi. Cantikkan semua itu – insya Allah – luaran pun menyerlah cantik. Sekarang tak putih pun tak apa. Orang tak nak kawan awak sebab tak putih tak apa. Awak disayangi Allah lebih baik dari disanjung-sanjung orang.

Ok adik-adik? πŸ™‚

Wassalam.

Advertisements

2 thoughts on “Tak Putih Tak Apa”

  1. betul tu amyz..putih ke hitam janji hati baik. zahra balik sekolah menangis2 kawan ejek dia kulit gelap (rasanya kulit dia taklah gelap sangat. kulit melayu la :)).. malam tu juga bagi semangat cerita pasal bilal bin rabah sebelum tidur….alhamdulillah dia faham.. keep on bg semangat kt dia

    Like

Comments are closed.