amelyz, amyz-tulis, anak²

Happy 3yo Amelyz (Belated)

Amelyz dah masuk 3 tahun pada 2 Mei lepas. Tak sempat nak buat post gambar dan ucapan dedikasi di FB. Kesian anak mama.

Assalamualaikum Amelyz.

Selamat hari jadi yang ke 3 tahun. Maafkan mama sebab terlewat update tentang Kakak. Kakak, anak mama tak banyak ragam sangat ni, mama sayang. Sama macam mama sayang abang dan adik juga. Tidak lebih, tidak kurang seinci pun.

Walau Papa cakap, mama manjakan Kakak sangat. Mama akui. Sebab mama rasa sangat-sangat bersalah pada Kakak. Mama tak dapat full breastfeed Kakak. Mama tak dapat peluk Kakak selalu, sejak adik lahir sampailah adik dah pandai berdikari sendiri ni. Mama tak dapat tidurkan Kakak sambil peluk kakak di dada Mama macam Abang dan Adik yang fully breastfeed. Mama tak dapat bagi attention pada Kakak. Sebab perhatian Mama dah terbahagi pada 3 anak Mama yang Mama sayang. Sangat-sangat bersalah Mama ni sayang.

Mama pujuk Kakak dari menangis, sebab kena sakat dengan adik atau abang (atau dengan Papa jugak). Sebab mama nak Kakak rasa selamat dengan Mama. Sebab Mama nak jadi orang pertama Kakak mengadu kelukaan hati Kakak. Bukan dengan orang lain. Sebab Mama nak jadi orang yang Kakak can count on, bergantung harap dengan Mama. Bukan dengan orang lain. Sebab Mama nak Kakak tahu, Mamalah orang yang paling sayangkan Kakak dalam dunia ini.

Setiap doa Mama selepas solat pastinya untuk anak-anak membesar dengan baik, kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan Allah.

Semoga Kakak membesar menjadi wanita yang solehah. Amin.

Mama sayang Kakak, sangat banyak! Mwah!

amelyz3y

amyz-tulis, emosi, tulis

Mulanya Di Sini

Assalamualaikum wbt.

Tukar theme lagi. Tapi updatenya tidak juga. Haha. Ampeh kan? Sabar je lah.

Sepanjang tahun 2016 ni, Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Cuma sejak entri terakhir tahun lepas tu, aku ditimpa sakit sedikit. Tak banyak. Sikit je. Cuma tak biasa kena sakit yang sampai tak boleh bangun, memang huru-hara life sekejab. Azlie kerja malam. Aku pula, selalu datang sakit tu malam-malam. Jadi anak-anak terbiar. Kasihan sangat kat anak-anak. Alam, Alhamdulillah sangat faham. Adik-adik dia pun sampai tahu, mama sakit. Kesian sangat kat anak-anak. T__T

Dah operate Januari lepas untuk buang hempedu yang ada batu-batu sebesar biji manjakani 5-6 ketul. Lepas tu dah ok dah. Tak ada sakit berguling-guling setiap malam. Dah sihat. Alhamdulillah. Cuma kena pantang makan sikitlah. Tak boleh makan berminyak berlemak sangat. Santan pun boleh ambil – kuantiti sedikit. Ok la kan. Boleh la turun sket berat badan ni. -_-‘

Nak mula balik berblog. Tapi, nak memulakan balik perkara yang dah lama ditinggalkan tu, Allahu akhbar memang menguji keimanan. Semoga Allah ampunkan.

Banyak perkara sedang belajar, sedang istiqomah. Semoga Allah kukuhkan iman kita.

Nanti sambung semula. Tapi nak share satu surah yang sangat-sangat menyentuh hati semasa aku baca sekali terjemahannya.

Al Insyirah. Ayat pertamanya, Alam nasyroh.

Terjemahanya;

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Terus terbayangkan usaha Rasulullah saw berusaha nak sebarkan Islam. Kena caci maki, kena baling batu dan sebagainya. Sebak sungguh aku. Akhir surah itu aku sampai menangis, sebab susah yang kita hadapi sekarang ini, sezarahpun tak setanding susahnya Rasulullah. Bagaimana nak jadi hamba yang Allah sayang? T__T

Semoga dikukuhkan keimanan kita semua. Amin.

Nanti, sambung lagi. 🙂